Thursday, September 13, 2012

Pelangi

Assalamualaikum.

Malam ni aku teringin pulak nak kongsi dua madah. Kedua-dua madah pujangga ni adalah untuk memotivasikan korang. Bila korang mula rasa tak suka dengan apa yang korang ada atau korang kena buat, korang boleh lar pikir balik apa yang aku nak cakap kejap lagi.

Apa yang aku nak membebel sangat berkait rapat dengan pelangi. Ye, rainbow. Bukan aiskrim Paddle Pop perisa pelangi. Takde hubungan persaudaraan langsung dengan aiskrim. Bau-bau bacang pun takde. Pelangi ni yang ada tujuh warna lepas hujan tu.

Everybody wants happiness, nobody wants pain.
But who can have a rainbow without any rain?

Kita selalu tertanya-tanya apa hikmah di sebalik apa yang berlaku. Apasal kita kena buat benda ni? Kenapa kita kena buat benda tu? Apa sebabnya kita perlu belajar atau perlu hadapi sesuatu? Allah Maha Mengetahui. Semua orang nak kebahagiaan. Tapi kita nak dapat pelangi pun, hujan mesti turun dulu. 

Kejayaan atau apa yang kita nak tu macam pelangi. Sebelum kita berjaya, kita kena hadapi dugaan dan cabaran dulu. Ini yang mematangkan kita. Dan kejayaan yang berbuah nanti akan lebih manis. Kebahagiaan akan lebih terasa.

When we cannot have what we like, we have to like what we have.

Aku suka jugak falsafah ni. Dalam hidup ni, kita tak boleh dapat semua yang kita nak. Atau dalam erti kata lain, kita tak mungkin memiliki semua yang kita hajati. Mustahil. Hargailah apa yang kita ada. Cuba untuk suka apa yang kita ada bila kita tak dapat apa yang kita suka. Itu lebih baik daripada meratapi kegagalan untuk mendapatkan apa yang kita nak.

Nampak? Hidup ini indah jika kita tahu bagaimana untuk berfikir dengan positif. Ujian tu adalah sesuatu yang wajib kita hadapi. Mandatori. Kalau kita tak diduga, kita tak boleh mengaku beriman. Hadapilah cabaran dengan sabar dan tabah. If life gives you a hundred reasons to cry, show to life that you have a thousand reasons to smile!










p peluk s : Ujian dicipta untuk dilepasi..


2 comments:

ஜ miss klanika ஜ said...

hidup ini ialah bagaimana untuk belajar menerima apa yg tersurat dan tetap tabah menghadapinya.

M Fizan said...

@ஜ miss klanika ஜ ya, ketabahan itu kelebihan :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif