Welcome To My Life...

Sunday, September 30, 2012

Tak Cukup Masa

Assalamualaikum.

Percaya atau tidak, tak cukup masa hanya dalam fikiran kita. Okey, aku tak cakap kosong. Aku bagi situasi yang aku pernah alami. Situasinya.... jeng jeng jeng... buat Reading, salah satu bahagian IELTS. Aku kena jawab empat soalan berdasarkan tiga petikan yang sangat panjangnya pun adoi dalam masa sejam. 60 minit tu termasuk nak pindahkan jawapan dan periksa semula ejaan dan sebagainya. 

Keadaan pertama, aku buat latihan sendiri di kolej. Buat dalam keadaan santai. Macam berjimba tepi pantai. Menghirup udara nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tengok, dah masuk bahasa karangan PMR. Oleh sebab terlalu rileks, maka aku mengeluh kerana merasakan masa tidak mencukupi. Bukan setakat lebih seminit dua, sejam setengah pun belum tentu siap.

Keadaan berbeza bila aku dalam kondisi peperiksaan. Secara tiba-tiba dan misteri yang teramat nusantara, aku boleh siap dalam masa yang ditetapkan. Bukan saja aku berjaya menyiapkan dalam masa yang ditetapkan, malah aku berjaya memindahkan jawapan dan memeriksa semula jawapan dalam masa sejam. Wowww. How amazing can it be? Macam mana latihan yang aku tak boleh siapkan di kolej, aku boleh siapkan dalam peperiksaan? Benda yang sama, Reading.

Ekceli, masa cukup atau tidak itu mindset kita. Dah tentu aku tetapkan dalam minda bahawa masa akan cukup masa nak menjawab peperiksaan. Kalau mindset yang sama aku tetapkan di kolej, boleh saja aku sempurnakan satu set latihan kurang dari sejam. Korang pun mesti pernah alami kan. Masa yang selalunya tak cukup akan jadi cukup bila korang terdesak.

Itu berlaku kerana dalam keadaan memaksa, diri kita akan melonjak ke satu batasan baru. Kita selalu sebut limit. Kita selalu rasa sesuatu membataskan apa yang kita lakukan. Kemalasan membataskan usaha kita. Tapi kalau kita mahu, atau kita terpaksa, kita akan ubah batasan itu. Push limit to a new extent. Batasan itu boleh berubah. Limit is flexible.

Believe me, i've tried it. Anda mampu mengubahnya.












p sepak s : Oh yeah...

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif