Assalamualaikum.
Menang tetap menang.
Minggu lepas, pasukan kesayangan aku, Manchester United, berjaya menewaskan musuh tradisi, Liverpool 2-1 di gelanggang lawan. Permainan itu telah kecoh sebelum perlawanan bermula lagi dengan kerisauan akan berlaku ketegangan melampau berikutan permusuhan zaman-berzaman antara dua kelab paling berjaya dalam bola sepak Inggeris. Ada satu persamaan antara diorang. Kedua-dua kelab pernah mengalami tragedi. Pemain Manchester United terkorban dalam nahas kapal terbang di Munich dan 96 orang penyokong Liverpool terbunuh dalam tragedi Hillsborough. Dikatakan tragedi Hillsborough disebabkan oleh penyokong Liverpool.
Para penyokong kedua-dua kelab selalu mengejek antara satu sama lain. Penyokong Liverpool menggayakan aksi kapal terbang dengan tangan. Penyokong United sering melaungkan "Selalu menjadi mangsa, tidak pernah bersalah" kepada penyokong Liverpool yang dibebaskan dari kesalahan tragedi Hillsborough oleh satu tribunal siasatan baru-baru ini. Satu lagi isu besar sebelum perlawanan itu adalah pertembungan Patrice Evra dan Luis Suarez. Suarez pernah digantung lapan perlawanan kerana dikatakan mengeluarkan ejekan berbaur perkauman kepada Evra. Dalam pertemuan sebelum ini, Suarez tidak mahu menerima huluran salam dari Evra.
Kedua-dua isu itu berakhir pada hari perlawanan. Penyokong Liverpool dan Manchester United berkelakuan baik di Anfield kerana menghormati permintaan orang atasan di kedua-dua kelab yang mahukan perlawanan pertama selepas keputusan tribunal siasatan itu berlangsung aman dan lebih diingati kerana kualiti aksi bola sepak berbanding kekecohan penyokong. Sebelum sepak mula, Sir Bobby Charlton menyampaikan kalungan bunga kepada ikon Liverpool, Ian Rush, dan kapten kedua-dua pasukan pada malam tersebut (Ryan Giggs dan Steven Gerrard) melepaskan 96 belon untuk memperingati mangsa tragedi Hillsborough.
Ada beberapa perkara yang harus aku akui. Ya, aku sangat kecewa dengan aksi Manchester United. Teruk. Sudah beberapa perlawanan menghampakan aku yang mengharapkan aksi bertenaga dan mantap. United tak dapat menguasai bola dan gagal merampas bola dari para pemain Liverpool yang bersemangat beraksi di tempat sendiri. Tak nampak macam pasukan elit langsung. Akibat gagal mendominasi permainan, United terpaksa menyerap asakan bertalu-talu dari skuad The Kops. Apabila bola berjaya dirampas, pemain-pemain United gagal mengawal bola dengan kemas.
Ketiadaan Paul Scholes dalam skuad utama amat dirasai. Scholes berada di bangku simpanan bersama David De Gea, Anderson, Javier Hernandez, Danny Welbeck, Tom Cleverley, dan Alexander Buttner. Anders Lindegaard mengawal gawang United. Rafael, Rio Ferdinand, Jonny Evans dan Patrice Evra membentuk benteng pertahanan. Giggs dan Carrick mengawal tengah padang. Antonio Valencia, Shinji Kagawa, dan Nani menyerang bersama penyerang tunggal, Robin van Persie. Tiada nama kapten, Nemanja Vidic, yang direhatkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Aku harus akui Liverpool bermain lebih baik malam itu dan tidak layak kalah. Sekurang-kurangnya diorang harus seri. Menang memang tidak. Diorang mendominasi permainan tetapi tidak mampu menyudahkan peluang yang ada. Aku juga tidak dapat menafikan beberapa keputusan pengadil seperti menyebelahi United. Banyak keputusan pengadil amat kontroversi dan menimbulkan kemarahan penyokong Liverpool.
Misalnya, keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Jonjo Shelvey yang mengasari Jonny Evans. Walaupun ada yang berpendapat kedua-dua pemain berebut bola 50-50, pengadil hanya membuang Shelvey dari padang. Ulang tayang menunjukkan Evan sampai lebih dulu walaupun kedua-dua pemain menerjah menggunakan kedua-dua kaki. Ada yang berpendapat Evans juga perlu menerima nasib sama jika Shelvey dibuang padang. Bagi aku, siapa yang sampai lebih awal, dia berkelebihan. Shelvey kurang bernasib baik kerana sampai sedikit lewat. Terjahan itu amat berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan. Pengadil tiada pilihan.
Bermain dengan 10 orang pemain, Liverpool masih menguasai permainan. United masih gagal merampas penguasaan tuan rumah. Malah, Liverpool mendapatkan gol pendahuluan yang selayaknya diorang miliki seminit memasuki babak kedua. Gerrard mendada bola di tengah kotak penalti dan melakukan rembatan kaki kiri yang kencang ke sebelah kiri gawang. Aku dah frust masa tu. Dah main 10 orang pun masih lagi tak dapat disekat oleh United. Tetapi seperti biasa, United mula bernyawa selepas ketinggalan.
Bagi aku, gol Rafael sangat cantik dan wajar dipuji. Hantaran silang Valencia dari sayap kanan didada oleh Kagawa dalam kotak penalti. Bola itu jatuh tepat di laluan Rafael yang melakukan satu sentuhan sebelum melencongkan bola ke sebelah kanan gawang Reina. Bola itu terkena tiang dan melantun masuk. Satu penyudah luar biasa dari bek kanan untuk menyamakan kedudukan dan mengurangkan tekanan pasukan pelawat. Apa yang lebih penting, gol itu dijaringkan hanya lima minit selepas tuan rumah mendahului walaupun beraksi dengan kekurangan seorang pemain.
Tuan rumah masih enggan mengalah. Diorang terus menguasai bola dan mengasak United. Ada dua lagi keputusan kontroversi yang melibatkan pengadil. Pertama, pengadil gagal menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool setelah Luis Suarez dijatuhkan di dalam kotak penalti. Kedua, pengadil gagal memberikan kad merah kepada Van Persie yang melakukan terjahan dari belakang. Kedua-dua keputusan itu tepat. Suarez tidak disentuh dan jatuh sendiri. Sukar untuk membuat keputusan walaupun ulang tayang dilakukan berkali-kali. Pengadil pula terpaksa membuat keputusan serta-merta.
Terjahan Van Persie pula hanya menggunakan kaki dan layak mendapat kad kuning. Kad merah mungkin adil tetapi dia tak menggunakan dua kaki untuk merebut bola. Dan Van Persie adalah wira penyelamat United. Suku jam sebelum perlawanan berakhir, Antonio Valencia meloloskan diri dengan merampas bola di tengah padang dan memecut ke kotak penalti Liverpool. Ketika dia teragak-agak membuat pilihan, Glen Johnson mencabar dari belakang, gagal mendapatkan bola, dan menyentuh buku lali Valencia yang rebah. Pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Sepakan itu tergendala selepas pertahanan Liverpool tercedera.
Sebaik perlawanan bersambung, Van Persie merembat kencang menggunakan kaki kiri ke sebelah kiri gawang Pepe Reina. Arah sepakan itu dibaca dengan tepat oleh Reina, berjaya disentuh tapi gagal ditepis keluar. Kepaduan sepakan itu membawa bola itu menerjah jaring. Reina kecewa kerana dia telah berjaya menyentuh bola itu sedikit. Akhirnya, gol itu menjadi gol kemenangan United walaupun 10 orang pemain Liverpool tidak mengaku kalah dan mengancam sepanjang tujuh minit masa kecederaan.
United beraksi buruk. Itu benar. Liverpool layak seri. Itu juga benar. Tapi mentaliti United yang tidak berputus asa walaupun ketinggalan kepada pasukan yang beraksi dengan 10 orang pemain adalah kekuatan. Para pemain United sering menang walaupun beraksi sangat teruk. Itulah resepi kejayaan Sir Alex Ferguson sepanjang 26 tahun memimpin Red Devils. Itu adalah rahsia sang juara. Bermain buruk dan tetap menang.
Orang boleh kata United membeli pengadil. Tapi bagi aku, orang seperti itu bodoh dan kebudak-budakan. Kalah tetap kalah. Aku boleh komplen jika United kalah, tapi ia telah menjadi sejarah. Tak ada apa yang boleh diubah. Kita tidak hidup dalam sejarah. Lupakan sejarah yang membanggakan. Kita hidup pada masa kini untuk masa depan. Itu yang perlu kita tumpukan perhatian. Yang berlalu takkan berulang. Fokus pada apa yang mendatang. Glory glory Manchester United.
p sepak s : Newcastle next...

No comments:
Post a Comment