Welcome To My Life...

Friday, September 14, 2012

Nak Pengsan

Assalamualaikum.

Jumaat, penghulu segala hari. Hari Jumaat yang sangat memenatkan kali ni. Ketika ini aku rasa seperti berlari maraton 50 kilometer, berenang 70 batu, naik turun bukit 80 kali dan seterusnya lompat bintang 100 kali. Aduh, teruk sangat hiperbola. Analogi yang cuba aku berikan nampaknya tidak relevan.

Hari ni aku jadi sukarelawan untuk INPRO. Karnival sukan inter program di INTEC. Aku tolong uruskan perjalanan sukan frisbee atau ultimate. Sepatutnya bermula pukul 4 petang tapi terlewat atas sebab beberapa masalah dan hanya tamat selepas jam 7 petang. Fuhh, nasib baik hajat aku tertunai nak tengok futsal. 

Selepas selesai menguruskan frisbee, aku pergi saksikan baki perlawanan futsal yang akhirnya dimenangi bebudak Korea dan Jepun. Handal jugak diorang main futsal. Aku terkejut tengok ADFP dan Ausmat tersungkur layu. Aku rasa selama ni aku begitu kagum dan takjub tengok diorang main. Nampaknya aku terlalu hormat pada diorang. Bagus jugak pasukan juara main. Tadi aku macam "Wow!". 


Walaupun kepenatan dan rasa nak pengsan, aku tak rasa menyesal mendaftar untuk jadi sukarelawan. Aku puas hati. Tak dapat dinafikan kulit aku dibakar terik mentari dan bebanan tugas sangat menyeksakan. Tetapi pengalaman yang aku timba tu sangat berharga dan tiada nilainya. Pengalaman tak boleh dibeli. Kita harus menghadapi pengalaman untuk lebih matang dalam menjalani kehidupan di masa depan. Aku belajar bagaimana susahnya menguruskan sesuatu acara dan melayan kerenah para peserta yang bermacam-macam ragam.

Sedikit sebanyak juga aku dapat belajar tentang permainan frisbee dari orang yang lebih berpengalaman. Walaupun aku tak bermain dan hanya melihat perjalanan permainan sambil menjaga masa yang tidak pernah berhenti walau sesaat, aku belajar beberapa peraturan permainan. Aku belajar benda baru seperti keep time, dan keep score. Masa yang kitorang main tadi cuma 7 minit untuk satu permainan. Aku dimaklumkan biasanya pertandingan mengambil masa 15 minit untuk keep time atau 9 mata untuk keep score. Jika telah sampai masa 15 minit atau salah satu pasukan telah memungut 9 mata, permainan ditamatkan.

Jika seri, pemenang akan ditentukan melalui universal point. Jika 15 minit telah berlalu, perlawanan akan diberhentikan sebaik saja mana-mana pasukan memungut mata. Korang kena belajar benda-benda baru. Mungkin korang rasa tak penting. Tapi kalau korang tau banyak benda, susah orang nak tipu korang. Jadi susah lar bebudak frisbee nak tipu aku.

Mungkin korang akan cakap, tak perlu jadi sukarelawan untuk belajar pasal frisbee. Atau ada kawan aku nak upah jadi sukarelawan. Dem! Bagi aku, aku tak perlukan semua tu. Bukan upah di sini yang aku cari. Negeri akhirat yang kita tuju. Biarlah Allah SWT yang membayar upah kita di sana. Aku akui badan aku lenguh. Keletihan mencengkam dan menguasai diri ini. Tapi apa yang aku belajar hari ni tiada ganti. Masa untuk tidur. Selamat malam. ^_^











p palang s : Penat sangat...


2 comments:

dear yayah said...

bgus2.. niat klu ikhlas krn Allah, penat tu pn terasa manis je nikmatnya.. kan2? he he he

M Fizan said...

@dear yayah hehe. insyaAllah. tak terasa penat sampai lar baring atas katil :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif