Welcome To My Life...

Tuesday, September 11, 2012

Satu Kepalsuan

Assalamualaikum.

Masihkah korang ingat pada peristiwa 11 September 2001? Kalau yang lahir tahun 2002, sekarang dah berumur 10 tahun. Baru darjah empat di sekolah rendah Malaysia. Mungkin masih kurang faham jika orang bercerita tentang peristiwa 9/11. Hari di mana Amerika Syarikat kononnya diserang oleh pengganas. Peristiwa yang menjadi mangkin kepada tindakan Amerika Syarikat menyerang Asia Barat dengan misi melawan pengganas halimunan. 

Amerika Syarikat ingin menjadi wira dunia. Lalu diorang membina satu kisah fantasi yang cuba menipu manusia bodoh. Peristiwa 9/11 yang meruntuhkan World Trade Center dan Pentagon telah dikaitkan dengan gerakan al-Qaeda. Maka wujudlah satu karakter yang bernama Osama bin Laden yang terkenal di seluruh dunia. Menjadi buruan ejen FBI dan CIA. 

Mungkin ada yang percaya. Tapi aku takkan tertipu. Takkan pernah dulu, kini, dan selama-lamanya. Itulah kisah paling kelakar pernah aku dengar. Negara kuasa besar dunia diserang oleh satu gerakan pengganas. Negara yang mempunyai senjata yang maju dan moden telah gagal mempertahankan mercu tanda kemegahan negara.


Sesiapa yang mengikuti teori konspirasi pasti tahu betapa peristiwa 9/11 telah dirancang lebih awal. Malah kartun-kartun serta filem-filem keluaran negara Uncle Sam dan satu permainan kad 90-an telah pun memberi tanda akan berlakunya tragedi 9/11. Nyata sekali peristiwa ini telah dirancang. Sememangnya sengaja diwujudkan untuk menjadi alasan kukuh menyerang pengganas yang kononnya bertapak di Asia Barat.

Afghanistan diserang, Iraq ditawan dan Lebanon juga diasak. Sekatan bantuan untuk Palestin juga semakin menjadi-jadi. Amerika Syarikat dan Israel benar-benar berkhidmat untuk syaitan dan cuba membina Kuil Sulaiman di atas tapak Masjid al-Aqsa. Diorang nak jadikan Baitulmaqdis sebagai pusat pemerintahan Dajjal. Diorang sedang cuba meruntuhkan Masjid al-Aqsa dalam diam. Diorang sedang berusaha, dan akan pasti melakukannya!

Sebelas tahun telah berlalu. Lebih satu dekad sejak peristiwa 9/11 menggemparkan dunia. Terlalu banyak bukti yang ada untuk mengesahkan peristiwa ini telah dirancang dan hanyalah mainan semata-mata. Tragedi 11 September 2001 bukanlah satu kejutan tapi satu kepalsuan. Tiada kebenaran dalam maklumat yang diorang bagi, semata-mata pembohongan. Aku tidak akan percaya, dan tak akan pernah percaya. 













p peluk s : Never believe U.S.A..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif