Welcome To My Life...

Thursday, September 6, 2012

Bukti Mukjizat

Assalamualaikum.

Allahuakbar! Syukur alhamdulillah, malam kelmarin aku sempat menghadiri ceramah bertajuk 'Science & Religion' sempena program ROS. Selepas solat isyak, Profesor Dr. Mohd Arif Kasmo mula bercakap tentang PASAK. Pemantapan akidah melalui sains dalam al-Quran. Ekceli aku tak nak pergi pun pada mulanya. Aku nak rehat dan siapkan banyak lagi kerja. Tapi memandangkan kawan serumah aku bersungguh-sungguh memujuk aku untuk menemaninya, maka aku turut sama melangkah menghadiri majlis ilmu.

Dan... aku tak berat hati pun. Aku memang suka benda-benda macam ni. Aku percaya dan yakin pada al-Quran, mukjizat teragung, kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Cuma aku belum pernah terbukak hati nak dengar ceramah pasal bukti-bukti dalam al-Quran. Aku pernah terbaca tapi sikit je. Kebetulan Allah menjemput aku menjadi tetamu dalam majlis tu, aku rasa senang dan berbesar hati. Prof Arif memang sangat arif dalam bidang ni. Dia selalu menyampaikan ceramah mengenai bukti sains yang ada dalam al-Quran. Bukan saja sains, ilmu matematik dan pelbagai lagi bidang membuktikan al-Quran bukan dicipta oleh manusia. 

Selepas PASAK, Prof Arif berbicara tentang bagaimana pembongkaran bukti sains telah membawa ramai orang bukan Islam menganut agama Islam kerana terkejut. Diorang terperanjat bagaimana kitab yang diturunkan beberapa abad lebih awal, telah menjelaskan penemuan sains yang hanya ditemui beberapa ratus tahun kemudian. Tidak mungkin kitab ini ciptaan manusia. Tidak mungkin juga apa yang tertulis dalam al-Quran serta penemuan sains hanya kebetulan kerana bukan sedikit bukti yang ditemui. Banyak, malah terlalu banyak bukti. Percaya pada kitab adalah rukun iman.


Kitorang yang hadir dipertontonkan beberapa figura saintis yang telah memeluk Islam selepas terpegun dengan apa yang ditemui di dalam al-Quran. Malah paderi Kristian juga memeluk Islam selepas didedahkan dengan bukti dalam al-Quran. Manusia memang mahukan bukti untuk percaya. Apabila Rasulullah memberitahu kaumnya dia telah diisrakkan ke Masjid al-Aqsa yang jauhnya beribu kilometer, ramai orang Islam murtad kerana menyangkakan baginda gila. Tetapi diorang kembali percaya setelah Rasulullah berjaya menerangkan fizikal Masjid al-Aqsa dengan tepat.

Dua jam yang diperuntukkan tidak cukup bagi Prof Arif untuk membongkar semua rahsia dalam al-Quran yang telah ditemui. Dia hanya memilih beberapa topik saja yang dianggap menarik padanya. Antaranya adalah surah an-Naml (Semut). Surah itu menceritakan bagaimana ratu semut memberi arahan kepada rakyatnya supaya berlindung kerana bimbang dipijak oleh Nabi Sulaiman. Selepas kajian mendalam dijalankan, ternyata semut mempunyai exoskeleton (rangka di luar) yang akan hancur jika dipijak, semut bercakap dalam bahasa diorang sendiri dan semut mempunyai ketua (ratu). 

Banyak lagi bukti yang tak mungkin sempat aku huraikan walaupun aku menaip selama tiga belas malam. Malah hanya enam atau tujuh bukti saja yang sempat Prof Arif sampaikan. Sebenarnya ada 2000 slide tentang rahsia sains dalam al-Quran yang telah ditemui. Prof Arif juga ada memaklumkan ramai orang bukan Islam teruja selepas mendengar ceramahnya sebelum ini. Malah ada yang terbaca artikel mengenaik bukti mukjizat al-Quran ini menghubunginya untuk memeluk Islam.

Alhamdulillah, kalam Allah ini menjadi mukjizat yang tidak dapat ditiru seumpamanya. Sangat sempurna. Allah telah berfirman, kumpullah seluruh manusia dan jin bekerjasama, tidak akan tercipta kitab seperti al-Quran. Allah jua yang Maha Tinggi dan Maha Berkuasa membuka pintu hati serta memberikan hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah memberikan petunjuk kepada orang bukan Islam tentang keajaiban al-Quran yang menyimpan rahsia dan misteri alam sains, maka beruntunglah orang itu kerana terpilih untuk menganut agama-Nya. Subhanallah!











p sepak s : Aku suka misteri...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif