Welcome To My Life...

Sunday, September 2, 2012

Sempurna Sudah

Assalamualaikum.

Alhamdulilllah, segala puji-pujian hanya bagi Allah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, aku dapat menyempurnakan ibadat puasa enam semalam. Sabtu, 1 September 2012 menjadi saksi, aku telah mencapai satu tahap baru dalam hidup aku. Ya, 19 tahun aku bernafas di bumi milik-Nya, aku belum pernah mampu menyempurnakan puasa enam yang jika digabungkan dengan puasa Ramadhan bersamaan kita berpuasa setahun.

Biasa lar, masa muda-muda dulu, puasa yang yang yuk je. Kemudian ada puasa tak cukup kerana demam. Kalau puasa Ramadhan cukup, puasa enam pulak tak buat. Dem! Betapa aku menyesali masa muda remaja yang telah berlalu. Masa yang aku sia-siakan. Sesungguhnya aku dalam kerugian. Maka beruntunglah diorang dan korang yang telah mendahului aku dalam menyempurnakan ibadat ini. Aku baru berjaya melakukannya kali ini. 


Apa boleh buat. Semuanya telah berlalu. Aku yang menentukan masa depan aku. InsyaAllah aku akan terus istiqamah dalam usaha nak kuruskan badan. Rejim diet akan aku teruskan. Sambil mencapai matlamat aku, aku nak beribadat dan dapatkan pahala berpuasa. Serampang dua mata. InsyaAllah aku akan teruskan dengan puasa sunat Isnin dan Khamis. Moga Allah terima ibadatku. 

Korang semua moh ler join aku. Banyak kelebihan puasa ni. Sebulan Ramadhan kita boleh puasa. Tak kan lar puasa sunat kita tak boleh buat. Sama je. Aku rasa badan aku makin dapat sesuaikan diri dengan puasa. Walaupun kawan-kawan serumah tak puasa bersama, aku tak ada masalah. Aku rasa tenang dan senang melakukannya. Seperti Allah memberikan kemudahan untuk aku beribadat kepada-Nya. Jika kita berserah kepada Allah, Dia akan membuka jalan buat kita.











p peluk s : Sempurna puasa enam tahun ni..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif