Assalamualaikum.
Oh hoi... rumah sape pulak yang dibuka hujung-hujung Syawal ni? Macam tau-tau je aku memang carik peluang nak makan free. Tambah-tambah bajet pun dah lari pecut macam Usain Bolt. Bagus lar kan. Menjamu orang sambil mengutip pahala. Saham ke akhirat tu. Kalau aku banyak duit, aku buat hari-hari. Semalam rumah rakan sekelas aku dan pensyarah Kimia menjadi sasaran kerana menjadi rumah yang dibuka pintunya.
Besar jugak rumah rakan sekelas aku. Banglo tu.... Kaya. Kelas kau Tem! Serius aku cemburu. Aku nak rumah macam tu nanti. Ehem, sekurang-kurangnya aku boleh berangan. Korang ada? Haaa.. Setakat nak cerita, semalam pun aku dah cerita panjang lebar pasal memori 9 September. Memori indah tu takkan lengkap tanpa gambar sebagai pencuci mata. Nah, hadiah kenangan 09.09!

Maaf sebab ana pinjam gambar. Ustazah dan ustaz 12M5. Berbaju sedondon nampaknya. Janji ke? Haha. Hijau macam mewakili bulan je. Tettt... Serasi kan? Nampak comel je. Syahid ni memang selalu kacau Kak Nas (tua setahun) dalam kelas. Kadang-kadang aku kesian tengok Kak Nas kena sakat. Tapi enjoy jugak untuk menghiburkan hati yang lara.
Couple of the year. Rakan serumah aku bersama teman wanitanya yang terlebih kiut. Korang tak nampak, tapi kukunya berwarna. Hoho. Thivya ni memang selalu kena sakat dalam kelas. Dia tak ambik hati pun. Aku memang kesian tengok dia. Tapi aku pun terlibat sama buli dia. Yang baju merah tu Adib, salah sorang pembuli tegar kekasih gelapnya. ^_^
Ada terlalu banyak hidangan yang membuatkan aku rambang mata bila sampai rumah Tem. Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Aku terus isi pinggan sampai penuh. Semuanya lauk. Ayam berapa ketul aku rembat. Ada pasta tapi aku tak minat. Aku ambik roti jala, dan beberapa ekor karipap. Karipap tu aku tambah banyak kali dengan air koktel buah-buahan. Ulang-alik aku ambik. Rajin kan?
Berposing sakan kitorang. Tangkap gambar berjemaah di rumah Tem. Cuba teka aku yang mana satu. Pandai.... Aku yang berbaju belang tu. Nak menyelit kat depan segan pulak. Semua perempuan. Ketinggian aku pun macam tak berfungsi kat belakang. Jadilah aku macam tu, seperti cuba menempek di gambar sendiri. >.<
Eh, dekat rumah pensyarah pun sambung drama lagi. Syahid ni kena marah lar tu. Suka sangat sakat Kak Nas. Ambik kau! Kak Nas bagi ceramah free. Sampai pening kepala. Mesti panas telinga. Gaya tu macam dah nak pengsan.
Ohsem! Tak sempurna lar kalau aku tempek gambar-gambar diorang tapi takde gambar Lelaki Dari Marikh. Sibuk je baju oren tu. Rakan serumah aku. Aku nak crop tapi nanti tak nampak lar style rasmi aku tu. Ada rahsia tersembunyi di sebalik isyarat tangan tu. Hanya Allah yang tahu.
Pensyarah Kimia aku dan rakan sekelas aku yang juga model Brands. Miss Fiza dan Woon. Dua-dua comel. Tapi... aku lagi comel... Kuikuikui. Aku tak hensem sangat, tapi kiut miut tu tak dapat dinafikan. Cet! Naik kapal terbang sendiri bawak.
Itulah al-kisahnya rumah yang dibuka. Sangat meriah. Kalau lar korang pun dapat berada di sana. Eh, tak perlu pun. Korang mesti pernah dan selalu mengalami situasi rumah yang dibuka pintunya kan. Tak pernah? Pergi bukak pintu rumah korang. Lebih kurang macam tu lar keadaannya. ^_^
p sepak s : Very nice memory...

No comments:
Post a Comment