Welcome To My Life...

Friday, September 7, 2012

Dialog Agama

Assalamualaikum.

Well, tajuk aku straight to the point. Tak ada belok-belok. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, aku berkesempatan untuk menghadiri satu lagi majlis ilmu dalam program Raise Our Spirit malam tadi. Majlis ilmu ini bertajuk Interfaith Dialogue. Tiga orang ahli panel dijemput. Tuan Haji Nicholas Sylvester bercakap tentang agama Islam, Dr. KJ John bercakap tentang agama Kristian, dan Mr. Subra bercakap tentang agama Hindu. Tiga agama terbesar di Malaysia bertembung dalam satu dialog.

Bila sebut dialog, sudah tentulah ianya tentang percakapan. Ini bukan program debat. Jadi sila bayangkan suasana aman walaupun ada percubaan untuk membuatkan suasana tegang semasa sesi Questions & Answers (Q&A). Setiap ahli panel akan diberikan masa oleh moderator untuk bercakap tentang agama masing-masing. Menjelaskan tentang agama yang diorang anuti. 

Moderator ialah salah sorang kawan yang aku hormati, Sajid Nabiel, a very good English speaker. Program malam tadi berbahasa Inggeris. It needs a fluent and composed moderator to handle the situation and my friend has that significant calmness. Pada awalnya, aku nak tengok dialog tu sekejap je. Oleh sebab aku segan nak keluar, terpaksa lar aku tengok sampai habis. Rela dalam terpaksa.


Ini ialah dialog antara agama pertama yang aku hadiri dan aku sangat teruja. Sebelum ni aku hampir-hampir mendapat pengalaman pertama. Tapi dalam program yang menjadi sejarah dalam hidup aku tu, hanya ahli panel mewakili Islam saja yang datang dan menjadikan interfaith dialogue tu sangat berat sebelah dan tidak seimbang. Kali ni semua ahli panel dapat hadir walaupun Mr. Subra lambat datang kerana tersesat dan tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

Lupakan semua tu. Bagi aku, semua ahli panel malam tadi menjalankan kerja dengan sangat baik. Diorang memiliki pengalaman untuk bercakap tentang agama diorang dan memberi penjelasan tentang konsep ketuhanan sebagai tema malam tadi.  Hj. Nicholas sangat menghiburkan ketika menerangkan tentang kesalahfahaman orang bukan Islam terhadap agama Islam. Dia membetulkan persepsi orang bukan Islam bahawa agama Islam menindas kaum wanita, orang Islam suka bergaduh, Islam disebarkan dengan pedang, dan Islam hanya untuk bangsa Arab. Lawak jenaka diselitkan membuatkan 20 minit yang diisinya tak terasa berlalu.

Dr. KJ John meneruskan untuk agama Kristian dan seterusnya disempurnakan Mr. Subra bercerita mengenai agama Hindu. Mr. Subra bagi aku lebih bijak dalam bermadah. Dia memberikan analogi yang sangat baik. Banyak perkara baru yang aku belajar malam tadi. Antaranya, dalam agama Kristian, diorang percaya bayi yang baru lahir juga telah berdosa. Dalam agama Islam, kita diajar bahawa bayi yang baru lahir tidak berdosa. Bayi dilahirkan seperti kain putih, suci dan bersih. Dr. John juga membawa satu konsep lagi tentang kepercayaan orang Kristian tentang Tuhan yang hampir serupa dengan kepercayaan orang Islam.

Itu aku tahu. Dr. John menerangkan tentang Tuhan diorang, Jesus. Jesus ialah Nabi Isa dalam ajaran Islam tetapi dia adalah nabi, utusan Allah. Jesus dalam agama Kristian dikatakan menjadi manusia kerana ingin membantu manusia. Bukan manusia bersatu dengan Tuhan seperti dalam agama Hindu, tetapi Tuhan yang turun dalam bentuk manusia. Dem! Kemudian aku dikejutkan pula dengan hakikat bahawa penganut Hindu percaya pada hanya satu Tuhan saja. Sebelum ni aku sangka diorang percaya pada banyak Tuhan. Mr. Subra menjelaskan diorang juga percaya pada satu Tuhan (God) sama seperti agama Islam dan Kristian. Yang banyak lagi tu hanya god dengan huruf 'g' kecik. Pada pandangan aku, god itu ialah dewa diorang.

Seterusnya, kitorang yang hadir juga dimaklumkan oleh Dr. John bahawa ada dua jenis masa dalam agama Kristian. Salah satunya, masa yang kita guna sekarang. Dan satu lagi, ialah masa yang akan berlaku tanpa sebarang halangan. Masa ini telah ditetapkan. Setiap yang berlaku mengikut jenis masa yang kedua. Mr. Subra pula menjelaskan bahawa dalam agama Hindu, diorang percaya masa itu berbentuk kitaran. Roh akan berulang-ulang kembali ke dunia selepas jasad mati. Sedangkan agama Islam dan Kristian percaya bahawa masa itu lurus. Kita akan sampai ke penghujung masa, dan tiba ke destinasi kita (negeri akhirat) buat selama-lamanya selepas amalan kita di dunia dihisab di hari pembalasan.

Kalau nak diceritakan memang panjang berjela. Aku rasa lebih baik aku berhenti di sini. Aku sangat enjoy menghadiri majlis tu malam tadi. Ada sorang pelajar menanyakan soalan yang mencabar penerangan Dr. John ketika sesi Q&A. Dr. John menghormati soalan itu meskipun tidak mahu berdebat. Keseluruhannya, dialog malam tadi berjalan lancar. Kini aku tahu perkara baru tentang agama Kristian dan Hindu yang aku tak pernah tahu sebelum ni. Tidak salah untuk belajar tentang diorang kerana kita hidup bersama diorang dalam bumi milik Allah SWT. Doakan diorang mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah untuk memeluk agama-Nya. Insya-Allah.











p peluk s : Ujian menanti hari ni..


2 comments:

vendoline said...

kira rajin dlm terpaksa la ni tengok yer.hehehhee takpe..pgethuan

M Fizan said...

@Edy Fee hehe. knowledge is gold :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif