Tuesday, September 18, 2012

Pilihan Di Tangan Anda

Assalamualaikum.

Korang kena ada pendirian. Korang kena buat pilihan sendiri. Jangan biar orang lain mempengaruhi keputusan korang. Korang boleh mintak pandangan, tapi berdirilah di atas kaki sendiri. Berhenti bergantung kepada orang lain. Kita yang menentukan masa depan kita. Err, meleret sikit mukadimah aku.

Aku akan bagi satu kisah. Dan kisah ni akan berakhir tergantung. Aku bagi korang dua pilihan untuk menjadi penamat kepada kisah ni. Ingat, ini soal pengorbanan. Dalam hidup, kadang-kadang kita perlu berkorban. "Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia", begitulah lirik lagu P. Ramlee.

Kisahnya begini...

Gadis : Hari ini saya akan jalani pembedahan jantung.
Jejaka : Saya tau. Saya sayang awak.

Bila sedar dari pembedahan, gadis tengok ayahnya saja yang ada. 
Tiada jejaka yang dikasihinya.

Gadis : Mana kekasih hati saya ayah?
Ayah : (Muka sedih) Tak tahu ke siapa yang mendermakan jantung untuk kamu?
Gadis : Apa??? (Terus menangis)


MASA MEMBUAT PILIHAN

Pilihan 1 : Bapa si gadis hanya bergurau dan berkata, "Ayah melawak je. Kekasih kamu pergi tandas".

Pilihan 2 : Bapa si gadis menyatakan jantung itu didermakan oleh sang jejaka dan memberikan surat terakhir yang ditulis oleh kekasih si gadis.

Aku dah bagi dua pilihan. Korang tentukan penamat bagaimanakah yang menjadi pilihan korang. Adakah penamat yang gembira ataupun sedih? Ada orang suka happy ending, tapi ada jugak yang suka sad ending. Pandangan orang lain tak diterima. Pandangan korang sendiri yang dikira.











p sepak s : You decide your own choice..


7 comments:

Syazana Zainn said...

suka happy ending la..haha

p/s: kalau kat hong kong if ada drama yang ending dia dorang tak suka siap boleh buat mogok tau..hahaha

izzati husna said...

hahahha dah selalu baca.. tapi yang ayah dia gurau tu memang hillarious gila kan XD

Mya said...

happy ending! takmau fikir yg sedih tu T_T

♥ sitifarhana ♥ said...

pilihan kedua la baru best..heppy ending..hehe

Detective Fiqa said...

uhukk. dont know. kalau pilihan pertama seolah2 macam nak happy kan dia jee. huhuh. pening2

M Fizan said...

@Syazana Zainn haha.. ekstrem sangat kat hong kong. malaysia aman sikit :D

@izzati husna haha. orang suruh pilih... >.<

@Mya hoho. good choice ^_^

M Fizan said...

@♥ sitifarhana ♥ hehe. nice one :)

@Detective Fiqa tak ada pilihan yang salah :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif