Assalamualaikum.
Sebaik saja kita mendapat jawapan untuk soalan matematik yang boleh dikatakan ilmu hisab tahap kesembilan puluh ratus, mesti kita akan rasa sangat heaven. Rasa macam dunia ni kita punya. Korang mesti pernah alami situasi ni kan? Kalau korang tak pernah, aku sorang jer kot. Aku suka bermain dengan angka. Teknik rahsia untuk mendapatkan jawapan ialah menguasai nombor. Aku saja merapu sebab nak bagi nampak ada mukadimah. Eh, dah siap pun mukadimah.
Okey, pagi tadi aku ada kelas Matematik. Itu bukan lar persoalan entri ni. Aku belajar topik 34/36 untuk Core Maths A-Level iaitu tajuk Series. Bukan jugak persoalan pokok yang aku nak bicarakan. Aku nak cakap pasal satu kelaziman. Memandangkan aku antara yang terawal siap latihan, aku sempat untuk meninjau perangai rakan sekelas dalam mencari jawapan yang dikehendaki dan akan menghadirkan kebahagiaan yang tak terperi.
Oleh itu, aku menyedari satu trend yang dapat aku rumuskan sebagai langkah mencari kebahagiaan. Ini dalam kes ilmu hisab je. Sudah menjadi tabiat bagi pelajar untuk memeriksa jawapan sebaik saja menyiapkan satu bahagian daripada soalan. Contohnya 1(b). Aku ingat aku sorang je yang akan bergegas menyelak bahagian jawapan selepas mendapatkan jawapan yang belum sahih. Rupa-rupanya memang majoriti buat macam tu.
Ada yang suka tengok jawapan terus. Ada jugak yang suka buat semua soalan sampai habis, baru periksa jawapan. Aku takkan puas hati selagi aku tak dapat jawapan yang tepat untuk mana-mana soalan. Aku akan pastikan aku faham kenapa aku akan dapat jawapan tu. Kadang-kadang aku cuai sebab terlalu cepat melakukan perkiraan. Korang perlu tenang untuk melakukan soalan Matematik. Kalau nak berlumba macam aku baru boleh kira laju-laju. Tapi risiko kecuaian sangat tinggi.
Korang kena akui, perasaan indah syurgawi bila dapat jawapan yang sama dengan jawapan sebenar tu sangat mengasyikkan. Aku pernah lihat orang menari dan bersorak keriangan. Err, ekceli aku pernah buat benda tu. Rasa 'hooray' akan menguasai diri dan adrenalin mengalir pantas. Perasaan berkobar-kobar untuk mencuba soalan seterusnya akan memuncak. Begitu juga bila dapat jawapan yang salah. Rasa sedih sampai nak nangis. Ups, itu hiperbola sangat. Yang betulnya rasa kecewa sampai rasa nak makan nasik.
Tak kira lelaki atau perempuan, pasti akan tersenyum sampai ke telinga dan rasa bangga diri bila dapat jawapan yang betul. Rasa macam nak cakap, "Eh, sape doh buat ilmu hisab ni? Aku dapat je jawapan!". Eksyen je lebih. Aku rasa bangga dengan diri sendiri sebab dapat 'jawapan belakang'. Memang heaven sangat-sangat. Rasa macam Adi Putra tu datang sekejap.
Hakikatnya, pelajar menyelak bahagian belakang buku Matematik untuk menyemak jawapan adalah pemandangan biasa. Inilah cara pelajar Matematik mencari 'kebahagiaan' dalam mempelajari ilmu hisab. Kita semua harus faham. Kadang-kadang aplikasi formula itu sendiri terlalu rumit. Hanya diorang yang belajar ilmu hisab akan faham apa yang aku cakap. Ini adalah kebenaran. Fakta dan bukan auta. Unbelievable? Believe it!
p peluk s : Mathematics, i'm in love...
No comments:
Post a Comment