Assalamualaikum.
Amboi, tajuk kemain lagi. Macam mencari-cari bakal permaisuri hati pulak. Ceh, sebelum aku merapu lebih jauh, harus ditekankan di mukadimah ni bahawasanya entri ni tak ada kaitan dengan wanita mahupun perempuan dan jantina yang sewaktu dengannya. Apa yang aku maksudkan di tajuk tu adalah pencarian maklumat. Lebih spesifik lagi adalah pencarian latar belakang topik yang akan aku bicarakan.
Sebelum aku nak tulis tentang sesuatu perkara yang melibatkan nama orang atau program atau whateverrrr, aku akan lakukan background research. Maksudnya, aku takkan tulis hentam keromo. Err, aku maksudkan sekarang ni. Kalau aku godek balik entri silam, rasanya ada je entri aku yang ikut arus maya. Langsung tak selidik kebenaran khabar angin. Main kongsi je. Sekarang dah maju sikit kan. Semakin matang dalam mengenali kebenaran maklumat.
Gambar hiasan
Dah menjadi kebiasaan kita hari ni kan. Betapa moden teknik mencari maklumat, sehinggakan kita terbiasa bukak Google bila nak taip sesuatu yang kita kurang pasti. Misalnya nama orang. Kalau bukan kita, sekurang-kurangnya aku memang dah lazim buat macam ni. Nak eja nama kelab bola sepak ke, nama pemain ke. Tak kisah lar, asalkan kata nama khas. Atau mungkin aku nak cari maklumat tambahan tentang sesuatu perkara, dan mungkin juga tarikh berlakunya sesuatu kejadian. Aku akan tekan new tab dan bukak Google dengan spontan. Aku dan pak cik Google dah jadi pasangan serasi bersama.
Begitu mudah apa yang kita ada sekarang. Nampak lar educated sikit kan bila eja tak salah. Harharhar. Terima kasih pak cik Google yang banyak membantu aku mengeja nama-nama orang dengan betul. Aku akan pastikan aku periksa ejaan nama individu terkenal di Google dulu sebelum aku sambung penulisan entri. Bukan apa, tak sedap pulak bila eja nama orang salah. Mak bapak dia bagi nama sedap-sedap.
Hal yang sama juga dengan fakta seperti tarikh atau tempat berlakunya sesuatu peristiwa. Tak enak rasanya kalau kita memberi fakta yang salah. Takut orang yang terbaca penulisan kita akan turut menyebarkan benda yang salah. Kalau tak menyusahkan orang takpe. Tapi kalau dah menyusahkan orang lain, percuma je kita dapat dosa. Baguslah kiranya blogger dan juga non-blogger hari ni memeriksa sesuatu di Google sebelum meneruskan niat. Korang mesti pernah buat kan? Jangan tak mengaku pulak...
Moralnya, kita perlu tahu apa yang kita tulis. Jangan tulis apa yang kita tak tahu. Carilah maklumat sebelum korang berkata-kata. Dan periksalah ejaan di Google sebelum korang tersilap eja. Hoho. Aku tau korang selalu buat sebab aku pun buat benda yang sama... hanya jauhari yang mengenal manikam.
p sepak s : Masih mencari...
No comments:
Post a Comment