Assalamualaikum.
Aku hairan. Pelik bin ajaib. Musykil betul aku. Keliru dan buntu. Aku tak pernah tahu hakikat ni. Belum pernah aku dengar pembohongan ni. Doa perlu ditaip. Siapa yang menaip doa? Doa kan perlu dilafazkan, merayu dan merintih kepada yang Maha Mendengar? Mesti lah Facebookers. Korang mesti selalu lihat ahli-ahli jemaah Facebook yang tegar ni update status dengan menaip doa.
Aku pun tak faham. Apa yang diorang ni cari? Diorang nak doa diorang diaminkan, nak orang tahu apa yang diorang nak doakan, atau gila like je? Kalau yer pun ketagih like, tak kan lar sampai macam tu... Teruk betul... Allah mana ada Facebook nak baca status diorang ni. Allah Maha Melihat. Tak perlu pun taip status.
Yang lebih membuatkan aku meluat, doa tu banyaknya nak jodoh yang baik lar. Ketandusan perhatian ke sampai nak announce kau tu tengah cari boipreng cik kak oiii? Kononnya mintak Allah bagi suami yang baik lar. Doa tu bagus, tapi tempatnya tak kena. Takde maknanya taip doa kat FB dan harap dimakbulkan. Simpan sajalah harapan korang tu. Tak berguna walau satu sen.
Sori lar kalau korang tak setuju dengan pandangan aku. Bagi aku, orang yang update status doa di Facebook ni memang takde kerja. Kalau mintak tolong orang doakan tu, atau kongsi doa yang perlu diamalkan takpe. Ni pergi berdoa di Facebook tu tak perlu lar. Lagi baik pergi ambik sejadah, solat, dan meminta pada yang Maha Esa. Atau tak perlu pun sejadah. Tadah tangan di mana saja dan berdoa. Atas kerusi, atas rumput, atas pokok, bawah tanah, everywhere.
Allah suka hamba-Nya berdoa. Selepas berusaha bersungguh-sungguh, kita mestilah berserah dan bertawakal sepenuh hati hanya kepada Allah. Tadahlah tangan dan memohonlah kepada Dia, Tuhan yang memberikan ujian untuk menguji iman kita. Aku selalu tekankan ni, Allah rindu akan rintihan hamba-Nya. Kita bersihkan diri kita. Pastikan makanan, minuman dan pakaian kita dari sumber yang halal. Baru doa kita diterima.
Merayulah, merintihlah. Tadah tangan dan berdoalah. Duduk di sejadah dan memohonlah. Insya-Allah, akan dimakbulkan oleh Allah. Tak perlu update status FB. Berdoa dengan mulut, bukan di Facebook.
p peluk s : Hentikanlah doa di FB..
No comments:
Post a Comment