Welcome To My Life...

Sunday, September 9, 2012

9 September

Assalamualaikum.

Hari ni 9 September. 0909. Tarikh yang cantik. Tak secantik. 9 September 2009 (090909) tapi masih lagi sekali dalam setahun je dapat tengok tarikh ni. Sama macam 4 April dan 8 Ogos. Jadi tak berapa istimewa. Banyak benda yang berlaku pada hari ini. Hari Ahad, hari minggu. Tak ada peperiksaan yang menyesakkan minda yang menanti. Maka aku sempat berhibur. Bukan joli ye, sila ambik perhatian.

Hari ni aku pergi dua open house. Kitorang pergi rumah rakan sekelas we'ols dan jugak pensyarah Kimia semester ni. Lepas Zohor, aku bertolak dengan rakan sekelas yang kiut (laki okey, bernama Alau). Dia belanja aku Cool Blog sementara tunggu drebar kitorang hantar first trip. Kereta tu milik Liyana, jadi kena redha lar kan. Rakan sekelas merangkap rakan sebilik aku dah gerak dengan motor. Aku takde helmet. Malas sangat nak beli.

Lepas berjimba di rumah Fatima, we'ols bergerak ke rumah Miss Fiza. Dia baru saja dirisik semalam. Malas nak cerita panjang-panjang pasal jamuan raya. Seminggu pun tak cukup. Malam ni mak aku kol. Adik aku berdepan dengan kejadian aneh dua tiga hari lepas. Dia dengar macam ada sesuatu yang membuatkan kipas jadi berat. Bila ada benda yang macam jatuh ke tangga besi yang ada di tepi tingkap, dia terus keluar bilik.

Fuhh, seram aku. Sekarang adik aku tidur di ruang tamu di luar bilik di tingkat atas dengan al-Quran. Mungkin ada 'sesuatu' yang ikut balik dari mana-mana. Benda halus ni kita memang tak nampak. Mak aku suruh balik hujung minggu ni. Tapi aku masih tak pasti sebab mungkin ada kerja yang perlu diselesaikan. Minggu ni aku agak sibuk. Esok aku mula jadi sukarelawan Inter Program Sports (INPRO). Dan esok juga aku ada ujian untuk subjek Pengajian Agama.

Aduhh, rasa macam setiap minggu ada ujian yang membebankan fikiran. Pengajian Agama tak ada apa sangat. Tak kira pun dalam sistem markah. Huhu. Pening. Macam-macam nak fikir. Nampaknya satu lagi minggu yang mencabar sedang menanti aku. Aku harus bertahan. Kuat, tabah dan sabar menghadapi segala rintangan. Aku mampu lakukan semua ni. Allah uji aku kerana aku mampu lepasi. Insya-Allah. Setiap yang telah terjadi dan akan berlaku dengan izin-Nya. 

Lewat malam 9 September. Satu hari yang indah. Masa untuk melayari mimpi. 

Selamat malam.










p peluk s : Sakit kepala...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif