Welcome To My Life...

Friday, September 7, 2012

Suci Dalam Debu

Assalamualaikum.

Hari ni aku mengalami suci dalam debu. Ceh, bajet macam lagu Saleem je. Aku dah banyak kali tulis entri pasal hidup aku bila aku mengalami perasaan bercampur dalam satu hari yang sama. Suka dalam duka. Aku tak nak lar ulang-ulang tajuk yang sama. Bila aku pikir-pikir balik, memang roda tak selalu di atas. Kalau gumbira sangat di pagi hari, malam tu akan sedih atau kuciwa merana lar. Memang akan seimbang hari kita. Ada ceria, ada duka. Cuma kita sedar atau tak. Bagi aku, aku selalu muhasabah diri setiap hari, mengenang semula apa yang terjadi, dan aku mencari konklusi.

Hari ni aku dapat dua keputusan ujian yang telah aku lalui. Sebagai pelajar kolej, ujian dan tugasan sudah menjadi sesuatu yang lumrah bagi aku. Kalau dulu aku agak stres sebagai junior semester pertama, kini aku lebih tenang sebagai senior semester ketiga. Bebanan tugas yang menggunung aku hadapi dengan tabah. Oh ye, elaborasi terlampau pulak. Sudah tentulah satu menggembirakan dan satu tidak. Terserlah dari tajuk dan mukadimah aku. Berita gembira itu berkenaan sesuatu yang kurang penting. Dan berita kurang gembira tu berkaitan benda yang penting. Dem!

Sebelum cuti raya, aku ada ujian Matematik. Ujian tu memang sangat susah. Aku dah buat latihan dalam buku teks sampai aku puas hati bahawa aku telah bersedia. Tapi bila tiba masa menjawab, aku sangat 'terharu' kerana soalannya memang maut. Kesukaran soalan ujian tu tahap boleh membunuh. Aku memang redha je sebelum dapat keputusan pagi tadi. Alhamdulillah, aku dapat markah yang memuaskan, antara yang tertinggi dalam kelas. Walaupun cuma 51% (korang boleh bayangkan betapa teruk keputusan yang lain). Aku cuma betul 22 per 43. Kebanyakan kawan aku dapat antara 9 dan 12.


Aku dah gumbira. Riang rasa hati. Tapi tengah hari tu keceriaan aku dineutralkan oleh berita buruk tentang keputusan ujian percubaan Speaking untuk IELTS. Aku cuma dapat band 6. Uwaaaaa.. Nak lulus kena dapat band 7.5. Kebanyakan rakan sekelas aku dapat 6.5 dan ke atas. Ada yang dapat maksimum band 9. Aku tak sangka keputusan seteruk ni. Aku akui masa jawab hari tu, aku tak konfiden dan gelabah. Ini hasilnya. Sangat mendukacitakan. Cuma lapan orang yang lulus dari 25 orang pelajar kelas aku. Aku rasa aku antara pelajar yang dapat keputusan paling teruk. 

Kalau boleh diterbalikkan kecemerlangan Matematik dan IELTS, aku pilih IELTS. Sebab awal bulan depan aku perlu menduduki peperiksaan sebenar IELTS. Aku masih ada satu sem untuk khatam Matematik. Masa kian suntuk bagi aku. Aku perlu berlatih lebih banyak. Aku dah bertekad. Aku akan tingkatkan usaha untuk memperbaiki tahap keyakinan diri aku. Aku tak nak kecewakan harapan umi dan ayah aku. Aku tak nak ambik semula IELTS. Mahal. Aku nak lulus dengan sekali ambik je. Insya-Allah.

Esok aku ada ujian Statistik pada sebelah pagi. Sebelah petang pulak aku ada ujian percubaan untuk IELTS bagi disiplin Reading, Writing, dan Listening yang akan berlangsung tiga jam berturut-turut. Fuhh, petang esok memang sambut merdeka lar aku. Moga-moga hari esok berjalan lancar...











p peluk s : Rasa debaran...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif