Thursday, September 20, 2012

Burung Biru Kecoh

Assalamualaikum.

Aku tak main Burung Biru (Twitter), tapi aku tau semalam Burung Biru kecoh. Tetiba je budak poyo yang masih hijau jadi trending Twitter gara-gara dia tinggal semua orang yang dia follow untuk follow girlpreng dia sorang. Berita 'menarik' tu tersebar sampai ke MukaBuku. Tetiba junior aku (Tingkatan 5, SPM) kecoh pasal Acerap Eron. Aku pun hairan. Apasal pulak.

Aku sangkakan 'beliau' tu dah hina Rasulullah ke apa. Aku bersegera mengGoogle nama Acerap Eron. Tak perlu lar dinaikkan nama budak baru nak up yang tetiba je femes sebab terlalu poyo. Apa yang sebenarnya terjadi? Aku punya lar semangat nak tau. Bila aku dapat tau je sebabnya, muka aku terus berubah mencebik. Cehh, poyo punya mamat.


Kemain ramai yang sokong dia. Golongan mana tu? Semua budak-budak sekolah. Remaja yang terlalu mentah dan sudah terjebak dengan cinta monyet. Semua yang sokong dia cakap dia romantik. Dan ramai remaja fomfuan yang lemah iman tu dah mintak pakwe sorang macam dia.

Ya, aku akui dia ada rupa. Reaksi aku terhadap keromantisan dia? Phuiii. Baru tingkatan berapa dah berangan nak romantik bagai. Tak ke mana lar der. Ni ha, 'abang' kau dah terlalu berpengalaman. Tingkatan empat baru aku kenal cinta. Budak-budak sekarang sekolah rendah dah pandai cintan cintun. Ni lar jadinya. Aku tak hairan langsung. Aku dah tengok cukup banyak untuk cakap hubungan diorang takkan ke mana.

Romantik ke apa yang dia buat? Bagi aku, tak langsung. Kalau romantik, sila pergi pinang awek dia. Itu baru romantik. Setakat follow Twitter awek dia sorang, memang takde apa sangat. Aku gelak je semalam. Phuii, aku tak jeles sikit pun lar. Aku dah buat lebih daripada tu. Jauh lebih ekstrem. Baru setahun jagung tak payah lar romantik sangat. Geli geleman aku.

Yang aku hairan, siap ada page sokong dia tu. Jahanam teruk dah belia Malaysia ni. Aku tak kisah kalau penyokong Asyraf Aronz baca artikel aku. Boleh diorang jadi haters aku. Boleh je kalau nak buat page anti-Lelaki Dari Marikh. Ada aku kisah? Sikit pun aku tak rugi. Aku tetap dengan pendirian aku.

Kisah Asyraf Aronz follow awek dia sorang memang cerita paling kelakar 2012. Kalau diorang kawin, sila bagitau aku. Aku nak delete post ni. Kalau tak, aku nak gelak bila baca entri ni masa aku main dengan cucu nanti.











p peluk s : Budak mentah..


14 comments:

Mya said...

macam2 kes ye dekat burung biru! hee

Nurulee said...

Ohho, Ee takda acc burung biru. ngohngoh =D

Lyaa Suriany said...

tak tau pn kewujudan bdk bru nk up ni

nik ros said...

kadang2 kita ambik peduli benda yg tak penting pun kan.pelik manusia skarang ni.

Noraim said...

budak2 baru nak matang mcm ni la.

Hanamiko Sakura said...

ish ish ish.. *geleng kepala

Syazana Zainn said...

hahahaha *ketawa guling-guling kejap*

dah banyak dah pesen budak kicit yg galak nak bercintan-cintun ni.

blajar tak mau, dok mengedik berailviu bagai -,-'

cik mun said...

hahaha..xtahu nak kate ape..

nurshamila said...

abg naz, haiii *lambai2. haha lama tak singgah, rindu kitew tak? :p

tak suka tgk couple skang. hidup mcm laki bini ja. puiii mcm org suka ja nk tgk. publisiti murahan btoi

M Fizan said...

@Mya hee, kecoh tak bersebab. dem!

@Nurulee haha, malas nak buat, nanti ketagih :D

Lyaa Suriany haha, tak main fb ea? ^^

M Fizan said...

@nik ros haha, benda yang penting tak nak peduli. isk isk

@Noraim menjalani proses kematangan. sadiss

@Hanamiko Sakura geleng kepala banyak kali lagi...

M Fizan said...

@Syazana Zainn haha, gedik sangat... belajar kantoi... budak kicik belagak besar!

@cik mun senyum, tak perlu kata apa-apa :)

@nurshamila rindu sangat....... hahaha

memang, memang. kontroversi je lebih. prestasi harem....

Wanita Bertudung Hitam said...

errkkk terjumpa plak entry ni.. saya masih tak paham..siapakah acerap eronz ni? dia masuk idola kecil ke ape ke? last week gugel nama asyraf sinclair tp keluar nama dia sebab sy slh taip..pastu tgk kemain ada page bagai, byk peminat, ni gugel ni pon mcm2 jumpa psl dia..nak kata hensem xde la, capang je..

M Fizan said...

@Wanita Bertudung Hitam dia? sampah.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif