Wednesday, September 5, 2012

Lima

Assalamualaikum.

Hari ni 5 September 2012. Dan hari ni juga nampaknya angka 'LIMA' sangat bermakna bagi aku. Kenapa? Sebabnya adalah hari ini aku telah mencapai satu lagi penanda aras baru dalam arena blogging. Aku telah berjaya menaip entri yang ke-500. Ya, entri yang korang baca sekarang ni merupakan entri separuh alaf. Entri lima abad. 

Aku bangga. Ya, aku bangga kerana aku sedang menaip ketika ni. Aku bangga aku masih lagi mengetuk papan kekunci. Ketika blogger lain sudah menyerah dan membiarkan blog bersawang, aku masih di sini menyampaikan walau satu ayat. Ketika blogger lain sudah hilang selera dan lebih sibuk main Facebook dan Twitter, aku masih di sini memberikan pandangan dari perspektif aku. 

Aku tak kisah kalau orang nak cakap, "Apa lar sangat 500 entri. Ben Ashaari sebulan 200++ entri". Aku tak peduli semua tu. Aku tak femes macam Ben 10. Aku cuma blogger picisan. Menaip diari maya. Menyampaikan walau satu ayat untuk bangsa manusia. Menyampaikan secebis pesanan. Menyelitkan moral dalam penulisan.


Blog ini adalah diari aku. Diari yang aku biarkan menjadi tontonan umum. Tak ada apa perlu dirahsiakan. Ada jugak yang peribadi. Tapi aku tak fokuskan hal personal. Aku tak suka sangat merintih dalam blog. Kalau aku tulis tu, bermakna adalah sesuatu yang aku nak sampaikan. Pengajaran yang orang lain perlu ambil. Jangan buat kesilapan yang sama macam aku. Biar aku sorang pernah buat silap tu, orang lain tak perlu terbuat khilaf yang sama.

Aku cuba sampaikan sesuatu kisah yang aku alami dan aku dapat dari mana-mana secara berhikmah. Aku letak moral tersirat dalam entri aku. Supaya sesiapa yang membaca dengan mata hati akan memahami apa yang aku taip. Selalunya aku taip seringkas mungkin. Cuma bila idea mencurah-curah, aku rasa rugi kalau aku tak tulis semua yang aku nak. Nanti bila aku belek semula diari maya aku ni, boleh jugak aku tersenyum.

Aku tak harapkan pun orang baca apa yang aku tulis. Aku tulis untuk kenangan aku sendiri bila aku menyingkap semula masa lalu yang aku abadikan dalam diari maya ni. Kenangan pahit, kelat, masam, pedas, dan manis. Bagi aku, kalau ada orang terbaca blog aku, dan dapat sesuatu, itu sudah cukup bagi aku.

Salam entri ke-500. ^_^











p palang s : Bahagia...


2 comments:

unknown said...

Amboi dah banyaknyer entri die...kene wat kenduri kesyukuranlah camnie...nant timr jamuan orbic beanjelah...wokeyh?

M Fizan said...

@unknown haha. lempang nak? jamuannya tak buat-buat pun....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif