Assalamualaikum.
Aku rasa geram. Memang boleh nampak kegeraman aku. Sampai aku tulis kat blog tu memang tahap kepanasan aku dah mendidih lar. Bukan apa. Memang dah jadi lumrah manusia. Ada akal tak nak guna. Tuhan bagi otak, tapi binatang pun ada. Akal ni yang bezakan kita dengan makhluk lain. Tak kan lar kita nak biarkan diri kita ni lebih kurang sama macam binatang. Sama tapi tak serupa. Dem!
Cuba korang bayangkan. Korang tengah solat berjemaah. Tiba-tiba ada bunyi yang sangat bising. Argh, hilang khusyuk. Situasi ni selalu berlaku bila aku di surau. Okey, mungkin situasi ni jarang dihadapi kaum hawa. Kaum sejenis aku akan faham apa yang aku tengah luahkan ni. Sangat menyakitkan hati bila ada orang macam ni. Bertimbang rasa lar sikit. Kalau tak nak khusyuk, jangan buat orang lain pun tak khusyuk.
Mungkin akan timbul persoalan. Kalau aku khusyuk, mana nak perasan ada bunyi telefon bimbit. Macam mana nak khusyuk kalau bunyi tu berpanjangan tanpa dihentikan. Aku boleh maafkan lagi kalau bunyi tu sekejap. Ini lagu feberet dia full version. Dan dibiarkan saja, kononnya dia solat dengan sangat khusyuk. Ini memang menimbulkan kemarahan. Nasib baik kesabaran menjadi perisai sebelum aku melakukan jenayah.
Aku sangat tak faham dengan orang macam ni. Kalau dah tahu nak solat, pandai-pandai lar senyapkan telefon bimbit tu. Tak kan lar tak biasa. Oh ye, mungkin terlupa. Manusia kan tak sempurna. Aku kena lar faham... Macam aku cakap tadi, orang yang biarkan bunyi tu berpanjangan memang kejam. Sangat mengganggu jemaah lain. Dan satu lagi, orang tu tak sepatutnya dimaafkan kalau dia sengaja tak letakkan telefon bimbit dalam mode senyap kerana dia sangka tak ada panggilan masuk.
Mungkin selama ni tak pernah ada orang buat panggilan. Itu bukan alasan yang boleh aku terima. Panggilan memang tak dijangka. Dan kita kena sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi di luar jangkaan. Kalau nak solat, terus aktifkan mode senyap. Aman! Tak ganggu jemaah lain nak dapat kekhusyukan solat. Kita bukan tahu bila orang nak buat panggilan. Sama jugak macam maut. Kita tak tahu bila Allah nak hantar malaikat maut jemput kita. Benda tak dijangka ni kita kena bersedia.
Persediaan yang aku maksudkan dalam kes entri ni, senyapkan telefon bimbit sebelum solat. Jadikan tu amalan. Atau lebih senang, tak payah bawak telefon bimbit. Tak payah bajet menteri sangat lar kan. Kita kalau nak susahkan diri sendiri, jangan libatkan orang lain. Khusyuk dalam solat tu sifat orang mukmin. Janganlah kita menjadi penghalang buat orang lain yang cuba mencapai kekhusyukan dalam solat berjemaah. Kerana 'monyet' seorang, hilang khusyuk sejemaah.
p sepak s : Sssshhhhh...
No comments:
Post a Comment