Assalamualaikum.
Kelmarin aku ternampak ni masa aku scroll down Facebook. Aku tertarik dengan satu gambar yang kawan aku kongsikan.
Sebelum tu, jom renung ke dalam diri. Kita selalu mengeluh bila halangan menduga. Kita rasa lemah. Kita rasa nak menyerah. Terasa berat sangat ujian yang menimpa. Jika kita rasa ujian yang kita terima berat, masih ramai lagi di luar sana yang menerima dugaan jauh lebih memeritkan.
Kita tertanya-tanya di mana Allah. Kita mula rasa ragu-ragu kenapa Allah tidak membantu. Sedangkan kita menadah tangan merayu dan memohon pertolongan. Di masa senang, kita lupakan Dia. Tetapi dalam kesusahan, baru kita ingat pada Allah. Itulah sebab Allah menguji kita. Allah ingin menguji keimanan dan ketakwaan kita. Allah rindu akan rintihan kita.
Cuba hayati kata-kata di bawah ni...
Bila kita ada ujian di sekolah, cikgu ada dekat dengan kita. Tapi cikgu tak kan membantu kita. Sebabnya, itu ialah medan untuk menguji kefahaman kita tentang apa yang kita belajar. Adakah kita benar-benar memahami konsep yang diajarkan kepada kita? Cikgu hanya senyap. Tetapi cikgu ada.
Walaupun ujian di sekolah, kolej, atau universiti hanyalah contoh ujian Allah, situasinya sama. Kita diuji. Allah bukan cikgu. Allah ialah Tuhan yang mencipta kita. Allah ingin menduga adakah kita belajar daripada kesilapan sendiri dan sejarah orang lain. Atau kita tidak pernah belajar. Kita menangis dan tercari-cari bantuan Allah. Kita mula berdoa merintih pertolongan-Nya. Allah wujud, melihat bagaimana kita respons terhadap ujian. Jika cikgu senyap, tetapi tetap ada, mengapa Allah senyap tetapi Dia tidak ada? Yakinlah kepada Allah, berusaha dan bertawakal. Jika goyah kepercayaan kita kepada Allah, goyah jualah iman kita.
p palang s : Analogi yang baik...
No comments:
Post a Comment