Welcome To My Life...

Saturday, December 3, 2011

Keputusan Undian Euro 2012


Assalamualaikum..

Tengah malam tadi, atau lebih tepat pukul 1 pagi, telah diadakan undian kumpulan untuk pusingan akhir Euro 2012 yang dianjurkan bersama Poland dan Ukraine.. cabutan undian telah dilakukan oleh beberapa orang pemain bola sepak terkenal seperti legenda Perancis, Zinedine Zidane, legenda Belanda, Marco van Basten dan legenda Denmark, Peter Schmeichel.. tuan rumah bersama, Poland dan Ukraine serta Belanda dan Sepanyol diletakkan dalam mangkuk pertama sekali gus mengetuai kumpulan masing-masing.. untuk memendekkan bicara, inilah keputusan undian :

Kumpulan A
1. Poland
2. Greece
3. Russia
4. Republik Czech

Ramalan : Kumpulan yang agak seimbang. Russia dan
Republik Czech akan mara.
Greece (juara 2003) juga berpeluang.


Kumpulan B
1. Belanda
2. Denmark
3. Jerman
4. Portugal

Ramalan : Kumpulan Maut seperti yang telah diperkatakan.
Belanda dan Jerman dilihat berpeluang cerah.
Tentangan Denmark dan Portugal
tidak boleh dipandang remeh.


Kumpulan C
1. Sepanyol
2. Itali
3. Republik Ireland
4. Croatia

Ramalan : Mudah buat Sepanyol dan Itali.
Keupayaan Croatia tidak boleh dipandang rendah.


Kumpulan D
1. Ukraine
2. Sweden
3. Perancis
4. England

Ramalan : Peluang Perancis dan England dilihat
lebih cerah. Jika bintang England gagal menyinar,
Sweden akan mengambil peluang.


Seperti yang dapat dilihat, Kumpulan B ialah Kumpulan Maut Euro 2012 dengan diisi oleh empat pasukan yang berkualiti tinggi iaitu Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal.. walaupun Belanda dan Jerman memiliki skuad yang mantap, Denmark dan Portugal tidak boleh diketepikan peluang mereka dengan Portugal dibarisi Christiano Ronaldo dan Nani.. dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.. dijangka Sepanyol, Belanda dan Jerman akan menentukan juara kali ini..










p sepak s : Kumpulan Maut yang menarik..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif