Monday, December 26, 2011

Esok Masih Ada


Assalamualaikum...

Tolong aku!! Apa lar nak jadi dengan aku nie.. petang tadi main futsal.. malam nie nak tengok Ip Man.. dan sekarang otak melayang memikirkan nasib pasukan game Fantasy Premier League aku.. haihhh.. entah lar.. bila nak mula buat issue report jer, mula lar syaitan bisik 'tak payah'... dari 17 November aku mula cuti sampai hari nie.. masih tak berganjak lagi kerja rumah aku..

Cuak jugak fikir cuti sem dah nak habis.. 3 Januari nie mula lar semester kedua aku di INTEC UiTM Shah Alam, Kampus Seksyen 17.. apa lar nasib keputusan peperiksaan akhir semester aku.. semua bayangan amat mengerikan.. cuti tinggal kurang seminggu..

Bila aku rasa nak buat issue report, hati pun cakap "esok masih ada".. satu virus yang membunuh kerajinan aku.. "Esok masih ada" dari 18 November sampai ke hari nie.. esok masih ada kan? Masalahnya cuti pun dah nak habis.. tolong aku!!

Takpe... esok masih ada..........











p palang s : Kecewa dengan diri sendiri..


4 comments:

suha said...

kita serupa..kita serupa hahaha

aleen aiden said...

xpe.meh sini biar aku ganti kau tengok ip man.kau siapkan apa yg perlu dsiapkan.ok?hik3

M Fizan said...

@suha haha.. akak katak kan my sis :)

M Fizan said...

@aleen aiden haha..last2 online.. apa pun tak boleh..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif