Thursday, December 22, 2011

PMR Dah Dijangka


Assalamualaikum..

Pagi yang gelap kini sudah cerah.. matahari bersinar indah.. terserlah sinar di wajah-wajah cemerlang Penilaian Menengah Rendah 2011 yang mendapat keputusan straight A's.. aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kegemilangan korang semua.. nikmati saat kejayaan ini.. kepada yang tidak bernasib baik, aku ucapkan semoga berjaya pada masa akan datang.. korang dah beri yang terbaik.. redha lar dengan ketentuan Ilahi.. usaha tangga kejayaan.. ini semua adalah hasil usaha korang.. kalau tak dapat apa yang korang nak, mungkin usaha korang belum cukup baik..

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, tempat aku membesar daripada seorang budak kepada remaja, aku dimaklumkan tiga orang mendapat 8A.. aku sebagai senior yang kacak dan bertanggungjawab mewakili penduduk Marikh mengucapkan tahniah yang setinggi angkasa atas kejayaan.. korang kena teruskan menjadi legenda Sintok.. teruskan legasi aku.. buktikan kepada semua orang, tempat belajar tak jadi halangan.. eh, anak Sintok dah ke INTEC tahu?? Aku bangga bergelar anak Sintok.. tidak perlu ke Maktab Rendah Sains Mara ataupun Sekolah Berasrama Penuh.. di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan..

Nada Musafir Kelana (adik angkat aku), Suraya Najieha dan Ikhwan Yusuf adalah pelajar-pelajar cemerlang daripada Sintok.. Nada, i'm proud of you sis.. aku kenal diorang sebagai pelajar yang rajin.. they deserve it..

Aku dengar khabar mengatakan keputusan PMR 2011 adalah yang terbaik dalam empat tahun.. aku sikit pun tak hairan.. PRU13 dah dekat kan? Biasa lar bila pilihanraya dah dekat, keputusan peperiksaan awam mesti cemerlang.. standard pendidikan Malaysia mesti tinggi melangit.. hehe.. untung lar korang budak-budak batch 96's.. nasihat aku, cemerlang atau tidak, jangan berhenti di sini.. SPM is a whole new world.. Physics, Chemistry, Biology are whole new things.. jangan jadikan Tingkatan 4 sebagai zaman berbulan madu.. teruskan usaha ke puncak jaya..










p palang s : Aku anak Sintok..


4 comments:

schaze zainn said...

siapa yg rajin, mereka memang patut dapat yang terbaik :)

M Fizan said...

@schaze zainn tak dinafikan.. who deserve, should excel :)

suha said...

sweet nye nama nada :)
Alhamdulillah my bro pon dpt 8a

M Fizan said...

@suha alhamdulillah.. kirim salam tahniah tau akak :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif