Welcome To My Life...

Friday, December 9, 2011

Pengalamanku : Kemalangan

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, aku masih diberikan peluang untuk terus bernyawa di dunia pinjaman Ilahi ini... mujur kemalangan yang berlaku hari ini tidak merentap nafasku.. kejadian berlaku ketika aku dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bersama adik lelakiku yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun depan.. malang tak berbau kan.. aku yang sedang menyanyi-nyanyi ria sambil menunggang motosikal (adikku membonceng), tiba-tiba dipintas oleh sebuah Proton Waja.. aku biarkan kerana aku sangka dia ingin memecut jauh ke depan..

Malang sekali pemandu itu rupa-rupanya telah memberi isyarat untuk membelok.. aku tidak sedar sehinggalah diberi amaran oleh adikku yang menyebut "dia bagi signal".. aku langsung terkejut dan cuba membrek kerana jarak antara motor dan kereta pada waktu itu hanya lima meter.. dan aku sempat membrek.. tetapi malangnya aku membrek di atas jalan tar berpasir (simpang masuk tapak projek kawasan perumahan) dan terus motor melayang.. aku tidak sedar apa yang berlaku dalam sekelip mata.. mujur aku tak pengsan.. aku memang terkejut pada mulanya kerana baru pertama kali mengalami sendiri kemalangan..

Ada sorang pak cik bawak aku dan adik ke klinik.. tapi tak ada klinik yang dibuka kerana hari ini ialah hari Jumaat.. aku dihantar pulang dan dibawa pula oleh ibu bapaku ke Hospital Jitra memandangkan dua klinik yang berdekatan hanya akan dibuka dalam tempoh sejam.. sesampai saja di depan Unit Kecemasan dan Trauma, aku merasakan kesukaran untuk menapak dan mencari tongkat.. pengawal keselamatan terus membawa aku masuk ke unit separa kritikal untuk rawatan segera.. luka di dahi dan siku aku dicuci sebelum ujian x-ray dilakukan.. alhamdulillah, tiada tulang yang patah dan buah pinggang aku selamat.. cuma bahagian badan sebelah kanan aku lebam kerana dihempap motor dan jatuh di atas jalan raya..

Aku hanya boleh berbaring dan duduk.. sangat perit untuk bangun.. terasa pedih di pinggang sangat menyakitkan.. mujurlah keluarga dan kawan-kawan baikku sangat mengambil berat dan memberi layanan kelas pertama.. sebentar lagi kawan baikku akan datang melawat.. mereka hebat dan baik! Aku tak tahu berapa hari harus aku menahan kesakitan di pinggang ini.. aku hanya boleh bersolat sambil berbaring.. nak bergerak selangkah pun seksanya nauzubillah, hanya Allah yang tahu..

SIKU

Memang benda dah nak jadi.. semua salah aku.. hari ini aku tak tahu kenapa aku lupa untuk baca bismillah dan ayat kursi sebelum memulakan perjalanan.. aku juga lupa untuk bertawakal kepada Allah.. lazimnya semua perkara itu aku lakukan.. betapa hebatnya kuasa bismillah yang dijanjikan Allah.. adik aku pula lambat memberi amaran kerana sedang membalas SMS di telefon bimbitnya.. dan aku yang merasa bersalah.. mujur adik aku selamat, dia terpelanting ke tepi jalan.. kalau ke tengah jalan, dengan kereta laju-laju belaka, aku takkan maafkan diri aku.. aku sendiri tak tahu kenapa.. aku tak nampak langsung isyarat belok yang diberi walaupun saksi mengatakan isyarat telah diberi cukup jauh.. mata aku langsung tidak dapat mencerna isyarat itu walaupun aku nampak lampu berkelip-kelip.. mungkin sudah ditakdirkan kemalangan akan berlaku.. semua serba tak kena..

DAHI

Alhamdulillah, aku masih bernyawa.. doakan aku cepat sembuh...











p sepak s : Pengajaran berguna..


4 comments:

Syazana Zainn said...

hye dah lama tak BW
:)


semoga cepat sembuh.
lain kali kene lebih berhati2 oke :)

M Fizan said...

@schaze zainn yup..lama tak nampak shaze.. thanks.. saya semakin pulih.. :)

Eera Shera said...

ada hikmah tu..benda nak jadi kan.. cepat sembuh ek

M Fizan said...

@Eera Shera insyaAllah...thanks :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif