Welcome To My Life...

Wednesday, December 28, 2011

Ibu Bapa Punca Maksiat


Assalamualaikum..

Yeah.. walaupun entri nie akan menimbulkan konfrontasi dengan Persatuan Ibu Bapa Semalaya, aku tak kisah.. kerana mewakili anak-anak, fakta ini harus dikemukakan ke tengah.. bukan ke tengah laut yer.. sesungguhnya maksiat pada hari nie berleluasa berpunca daripada ibu bapa sendiri..

Wahh.. tuduhan berat tu.. Persatuan Ibu Bapa Semalaya mungkin akan menyaman Lelaki Dari Marikh kerana sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan menghukum ibu bapa atas segala maksiat yang berlaku.. bukan salah ibu mengandung.. tapi ada benarnya..

Ibu bapa hari nie mahukan anak-anak terutamanya wanita menghabiskan pengajian ijazah terlebih dahulu sebelum berkahwin.. maka ramailah andartu-andartu yang berkahwin lewat 20-an.. jangan kita lupa naluri manusia.. manusia memiliki nafsu terhadap kaum berlawanan jantina.. oleh sebab itulah Allah mengharuskan perkahwinan..

Malang sekali dek halangan ibu bapa yang tidak membenarkan anak muda berkahwin semasa belajar telah mengakibatkan remaja zaman sekarang menyalurkan nafsu mereka ke jalan yang salah.. berlakulah zina, maksiat dan seks bebas.. sedangkan perkahwinan itu bukanlah satu dosa.. malah perkara yang baik.. it's a good thing indeed..

Hasilnya anak luar nikah dibuang merata-rata.. dunia, dunia.. perbuatan yang menghalalkan naluri manusia dilarang.. perkahwinan adalah jalan penyelesaian kepada masalah ini.. jadi salah siapa apabila maksiat dan gejala sosial tidak dapat dibendung? Renung-renungkan.. selamat beramal.. :)











p palang s : Berat sungguh tajuk...


2 comments:

Syazana Zainn said...

parents tak bg kawen tu mebi sbb anak die lom matang

budak2 zaman skrg bukan mcm dulu

lgpun nak kawen ni tanggungjawab besar, ibu bapa mesti ade reason nape tak bg kawen

kalo anak lom matang, buatnya baru kawen sebulan dua nnt dah bercerai mcm mn pulak?

tak ke pulak nnt kes penceraian pula makin bertmbah?

ekceli benda ni, die ada kebaikan n keburukannya

n benda ni berbalik semula kpd diri sendiri.

diri sendiri yg mencorakkan how life shud be kan. =D

M Fizan said...

@schaze zainn perfect response.. adehh.. lupa nak tambah something.. bila anak dah matang dan bersedia .. entri di atas berfungsi bila condition anak dah sedia fizikal dan mental.. huhu..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif