Assalamualaikum..
Tadi aku tengok iklan satu rancangan realiti hiburan kanak-kanak di satu stesen televisyen yang popular dengan trademark "Di Hatiku".. melihat kanak-kanak seusia itu sudah dididik menjadi penghibur membuatkan aku rasa meluat.. anak siapakah itu? Siapa ibu bapa mereka? Begitukah cara mereka menunaikan amanah Allah mendidik anak-anak? Sangat memualkan.. anak-anak muda sekarang diasuh untuk menjadi artis.. dibentuk mencari kekayaan dengan jalan mudah..
Apa yang ibu bapa diorang nie fikirkan? Kekayaan dunia yang tidak kita bawa sesen pun ke akhirat? Meloyakan anak tekak Lelaki Dari Marikh.. mengapa dunia yang fana ini dikejar seperti hidup diorang tiada mati? Anak-anak sekecil ini seharusnya dididik dengan ilmu agama.. kerana agamalah benteng paling kukuh menampan bisa-bisa racun modenisasi.. anak-anak kecil dibentuk menjadi hedonis, cintakan hiburan.. kecil-kecil diajar tidak memakai tudung, mendedahkan aurat.. untuk apa? Publisiti? Populariti?
Anak seusia diorang sepatutnya disuapkan dengan ilmu pengetahuan dan bukan hiburan.. ke manakah hiburan dapat membawa mereka? Apakah kekayaan ada nilainya di sisi Allah? TIDAK.. tidak sama sekali.. Allah tidak memandang kekayaan yang akan mereka miliki.. yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang bertakwa.. dan dengan ilmulah kita akan mengenal Pencipta.. bukan dengan hiburan dan sensasi dunia di lensa kamera..
Usahlah dikejar dunia hiburan yang melalaikan.. didiklah anak-anak mencari ilmu pengetahuan.. agar terjamin masa depan..
p peluk s : Beri didikan sempurna..
No comments:
Post a Comment