Welcome To My Life...

Tuesday, December 13, 2011

Rasa Yang Bercampur


Assalamualaikum..

Yeah, aku masih hidup! Rindu gila pada diari tercinta aku nie.. dua hari terbaring saja tak boleh nak gerak banyak.. alhamdulillah, aku dah semakin pulih.. cuma bengkak di kaki masih lagi terasa pedihnya.. belum surut.. luka aku pun dah sembuh.. tapi parut di minda dan hati akan kekal selama-lamanya.. aku akan ingat kemalangan yang menimpa aku dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat itu sampai ke akhir hayat.. hari ini sungguh indah tarikhnya.. 13/12/11.. dan perasaan aku bercampur-campur..

Rasa sakit kerana terpaksa menahan seksanya bengkak ini.. tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya keadaan semakin baik.. dua hari lepas lagi aku terpaksa menanggung peritnya seksa.. nauzubillah.. Lelaki Dari Marikh terpaksa berjalan menggunakan tongkat buat pertama kali seumur hidup.. memang nak menapak selangkah pun seksa.. bukan aku nak tipu.. ini betul-betul.. KENYATAAN.. tapi best lar dapat layanan kelas pertama daripada famili aku yang tercinta.. makanan pun dihantar naik sebab bilik aku di tingkat atas.. dapat lar rasa macam orang sakit di hospital.. haha..

Macam-macam nak cerita.. tak cukup seribu entri.. tapi cukup lar diringkaskan cerita dua hari nie.. bukan tak nak update.. tapi tak ada mood.. sakit tu menghalang.. nak update pun jadi tak senang.. nak duduk pun susah.. setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sultan negeri aku yang tercinta, Kedah Darul Aman, kerana telah rasminya ditabalkan menjadi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 hari ini di Istana Negara.. sejarah beb.. Sultan pertama menjadi YDP Agong buat kali kedua sepanjang hayatnya.. dan satu lagi fakta menarik, kali pertama Sultan Kedah menjadi YDP Agong dulu, Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri.. kini anak Tun sendiri iaitu Dato Seri Najib yang menjadi Perdana Menteri.. sejarah yang menarik..

Dan Manchester City telah tumbang buat pertama kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.. yeeha! Sebagai penyokong setia The Red Devils, aku pastinya gembira walaupun musuh ketat iaitu Chelsea yang menjalankan tugas di Stamford Bridge.. tak kisah lar macam mana pun.. City tetap dah kalah.. Manchester United kini kembali berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan kerana City akan berdepan Arsenal pula Isnin depan.. pastinya menghiburkan aku selaku pengurus Liga Perdana Fantasi.. kita tunggu dan lihat.. wasalam..











p palang s : Sedih..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif