Welcome To My Life...

Wednesday, December 28, 2011

Usah Bersedih


Assalamualaikum...

Entri khas buat adik lelakiku..

Seminggu lepas umi aku maklumkan nak pergi KL sebab ada urusan kerja.. dan aku pulak nak balik ke Shah Alam untuk menyambung semester kedua di INTEC.. tapi aku tak nak balik lagi sebab masih ada dua hari yang aku nak habiskan di baiti jannati (rumahku syurgaku).. adik aku nak ikut dan umi aku cakap okey untuk teman dia.. tup tup tak bagi ikut pulak..

Kemain sedih adik aku.. sekental-kental dia, menangis tadi.. kesian lar pulak aku tengok.. aku kan abang mithali.. jadi lepas solat maghrib aku pun bagi lar tarbiah sikit.. untuk dia.. dan untuk semua hamba Allah yang berduka.. pesanku, usahlah bersedih.. daripada menangis, lebih baik berwuduk dan duduk di sejadah..

Tadah tangan dan berdoalah memohon kekuatan kepada Yang Maha Mendengar.. sesungguhnya Allah memberi ujian yang setimpal dengan kemampuan kita menanggungnya.. mohonlah kepada-Nya moga dikuatkan semangat untuk menghadapi dugaan.. sesungguhnya selepas setiap kesulitan pasti ada kemudahan.. itu janji Allah.. dan Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya..

Apabila kita bermunajat dan berserah kepada Allah, kita akan merasa lebih tenang.. aku pernah lakukannya dan aku rasa kedamaian yang tiada bandingnya.. cuba lar..

LA TAHZAN (^_^)











p palang s : Nak tengok 3 Idiots..


2 comments:

sobri yaacob said...

stap bda yg blku mesti ada hkmahnye.. ok.. :)

M Fizan said...

@sobri yaacob setuju 100 persen :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif