Welcome To My Life...

Friday, May 30, 2014

Memori Air Manis : D2P1

Assalamualaikum.

#mcskampunggetaway
Day 2 Part 1

Entri sebelum: Mengintai kunang-kunang

Selesai sudah cerita hari pertama. Kita sambung pula dengan cerita hari kedua di homestay Air Manis. Kami bangun mandi, solat Subuh. Ada yang menyambung aktiviti tidur. Aku memilih untuk menunggu sarapan. Perlukan tenaga untuk sukaneka.

Suami Kak Lela (aku lupa namanya) belikan donat dan nasi lemak. Dan minum air teh. Memang enak. Lepas sarapan, kami mula berkaraoke. Sebelum balik, tangkap gambar dengan Kak Lela dan suaminya dulu.

 
Sepatutnya jam 9 pagi kami perlu ada di pusat homestay. Tapi lima minit sebelum pukul 9 baru bertolak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sepuluh minit. Aku ingatkan kami yang paling lewat. Tapi rupanya.... ada lagi yang lebih lewat (masa sukaneka berlangsung baru sampai).

-----------------------------------------------------------------


Inilah dia pemilik homestay, Wak S, menunjukkan joran yang digunakan untuk pertandingan memancing. Wak memberikan beberapa nasihat supaya mata kail tak mencederakan rakan-rakan terutama bagi yang masih amatur (termasuk aku). Kita pendekkan cerita. Kami pun mula memancing. Antara umpan yang digunakan adalah ikan dan jagung. 10 ekor ikan berjaya ditangkap.

Macha dengan hasil tangkapan

-----------------------------------------------------

Pada masa yang sama hero-hero memancing, gadis-gadis bermain acara lain.

 

Gambar atas tu, pukul sarang tebuan. Air digantung pada ketinggian yang emmm... agak tinggilah. Sorang wakil dari setiap kumpulan akan ditutup matanya. Ahli kumpulan yang lain akan buat bising untuk mengganggu arahan yang diberikan kepada wakil tadi oleh ahli kumpulannya sendiri. Suara yang banyak akan mengelirukan wakil kumpulan. Hanya taktik yang tepat akan membantu wakil tersebut memukul sarang tebuan. Masa lima minit diberikan dan kumpulan terpantas memecahkan 'sarang tebuan' tu dikira pemenang.

Gambar bawah sekali pulak, acara boling kelapa. Setiap kumpulan diberikan lima percubaan untuk menjatuhkan kesemua 'pin' (botol).


Incik Nazmi dengan kameranya menangkap memori. Kreatif sungguh.

----------------------------------------------------------------


Selesai acara memancing, giliran hero-hero pulak main pukul sarang tebuan dan boling kelapa. Walaupun panas terik, memang seronok dapat main sukaneka. Agak penat sikit untuk cuba kelirukan wakil kumpulan yang ditutup mata tapi hampa. Semua wakil kumpulan berjaya sampai di depan 'sarang tebuan'

Srikandi pun dapat ikan. Aku? Lalala~

--------------------------------------------------------

Destinasi seterusnya adalah kandang kambing. Makanan belum siap. Kami tak dapat makan tengah hari lagi walaupun aku dah lapar sangat masa tu.


Nama budak ni Yoi. Oleh sebab dia sorang je budak kecik yang ada kat situ, dan dia agak 'sihat' (macam aku), dia menjadi perhatian akak-akak yang teruja dan geram nak cubit pipinya yang gebu. Abang-abang pun suka kacau Yoi yang suka dapat main guli. 

Jom ke kandang kambing, Yoi!



-BERSAMBUNG-


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif