Welcome To My Life...

Tuesday, May 13, 2014

I Miss The Old Days

Assalamualaikum.

I miss those old days... when this blog was my medium to express feelings. When the words were unspoken. Bila tutur tak didengari. Bila bicara tak dihargai. 

I miss those old days... bila blog ni dikemas kini setiap hari. Bila ada saja entri yang aku nak tulis. Ilham mencurah-curah. Idea melimpah-limpah. Satu hari sampai tiga empat post baru. 

I miss those old days.... bila aku rajin berkarya. Cerpen cinta Taj Mahal. Puisi syair pujangga. Kalau diterbitkan, menangis Sasterawan Negara. 

I miss those old days... bila aku selalu merapu di sini. Tulis pasal bola. Tulis itu. Tulis ini. Those ridiculous immature posts. Yang sengaja aku tak padam. Supaya aku dapat baca semula satu hari nanti. Inilah proses menuju kematangan.

I miss those old days... bila aku seorang blogger yang aktif. Rajin terjah blog orang lain dan komen entri. Selalu ada sesuatu untuk dihadam oleh pembaca senyap. Selalu mahu membicarakan sesuatu isu.

Sekarang.... blog dah bersawang. Keinginan untuk menaip dah hilang. Idea dah melayang. Semuanya terbang. Malas menjadi penghalang. Tiada masa dan ruang. 

Banyak sangat yang perlu menjadi prioriti. Pelajaran terutamanya. Kadang-kadang balik kuliah memang penat dan mengantuk. Tak ada mood nak menaip entri. Malam nak kena study. Dah tak semangat macam dulu. 

Dulu aku ingat, senang saja nak bahagikan masa antara kerjaya dalam bidang medik dan penulisan blog. Kini aku sedar, sangat sukar jika tak pandai mengurus masa. Aku akan tetap cuba. Agar aku dapat gemilang melakukan kedua-duanya.

I am a blogger.  My job is...
To deliver. To inspire. 




Sri Petaling
0920
13/05/2014 
(45 years after the tragedy) 



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif