Thursday, May 29, 2014

Memori Air Manis : D1P2

Assalamualaikum.

#mcskampunggetaway
Day 1 Part 2

Entri sebelum: Ke kilang ke kita

Dari kilang Nata De Coco, kami terus ke Homestay Air Manis. Disambut oleh pemiliknya, Wak Subani. Masa untuk makan tengah hari. Menu: Nasi Ambeng!


Makanan orang Jawa ini dikatakan sudah diwartakan menjadi makanan tradisi negeri Selangor. Tak puas hati juga abang naqib usrah aku yang berasal dari Johor. Selaku anak orang Johor, aku memahami perasaannya. Hmm, let's agree to disagree.

Menikmati jamuan yang enak.

Main congkak sebelum jalan-jalan lagi.

-------------------------------------------------

Kenyang perut, sukalah hati. Kami pun bergerak menuju ke destinasi seterusnya, PANTAI! Masa ni aku dah penat. Tapi bila sampai, lupa terus rasa penat tu. Hilang...


Walaupun baru lepas makan, benda pertama yang aku sambar adalah potato ring berharga RM 2. Yang menariknya, kami bawa layang-layang untuk diterbangkan. Yang tak berapa menarik, kayu yang menjadi tulang belakang tertinggal... sadis sungguh. Sementara menanti kayu tu dihantar, ada yang meneruskan sesi fotografi di bawah terik mentari. Dan ada yang sanggup beli layang-layang sebab dah tak sabar.

Potato ring di tangan

Jom main layang-layang

Selain bermain layang-layang, tujuan kami ke pantai adalah untuk mencari remis. Malam tu ada sesi barbecue (BBQ). Pada mulanya aku hanya bersiar-siar menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sambil memerhati gelagat budak-budak ni bergambar. Tapi, akhirnya aku pun turut serta mencari remis.


Gali dan gali lagi sampai air mengalir. Kemudian kais-kais pasir tu. Banyak remis yang kami (baca: mereka) temui di beberapa lokasi. Bila tak jumpa, pindah tempat. Bila jumpa banyak, gali seluas kolam yang boleh memuatkan sorang dewasa.


Haaaa mak cik tu Leeya (bukan nama sebenar). Sejak dapat layang-layang tu, dia dah tak ada kerja lain. Itu kerja tetap dia sampailah kami balik. Masa orang lain sibuk cari remis, dia sorang-sorang bawak lelayang sampai ke tengah laut.


Yeah, dapat main layang-layang. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku main. Memang seronok bila tengok lelayang tu tak jatuh. Angin pun kuat. Tapi nak kawal bila lelayang tu hampir jatuh memerlukan skil dan kemahiran. ^_^

Kembali mencari remis

Macam belangkas

Ya, inilah dia pasangan yang sedang berasmara. Mereka berjaya ditangkap ketika Syahid (nama samaran) sedang mengejar belacak dengan bersungguh-sungguh. Benda sekecik tu pun dia nak cuba tangkap. Sabar je lah.... 

----------------------------------

Tak lengkap percutian tanpa fotografi. Kami bergambar sebelum bergerak pulang ke homestay. Macam-macam aksi dilakukan. Ini yang sempat diabadikan menjadi memori.

Melompat lebih tinggi




-BERSAMBUNG-


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif