Welcome To My Life...

Wednesday, May 28, 2014

IM

Assalamualaikum.

Bukan Imam Muda.
Bukan juga Internet Messenger.

Tapi.. Isra' Mikraj. 


Alhamdulillah, Subuh tadi usai solat berjemaah dapat kuliah subuh dari housemate Syeikh Azra (nama samaran). Berkenaan perjalanan baginda Nabi Muhammad SAW pada tahun kesedihan apabila baginda kehilangan bapa saudaranya dan isteri yang tercinta. Dakwah Rasulullah SAW di Taif juga dilanda ujian.
Peristiwa bersejarah ini berlangsung dalam masa yang singkat sehingga tempat tidur Rasulullah dikatakan masih panas.

Kita tahu bahawa Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk membawa syariat solat 50 waktu sehari semalam dari Allah kepada umatnya. Apabila bertemu Nabi Musa, baginda dinasihatkan untuk bertemu Allah semula dan meminta dikurangkan kerana umat baginda pasti tidak mampu. 

Selepas berkali-kali naik turun bertemu Allah minta diringankan, akhirnya baginda malu untuk meminta lagi dan turun membawa syariat solat lima waktu sehari semalam.

Pengajarannya, kita lihat hari ini solat fardhu lima waktu itu saja sudah cukup berat bagi umat akhir zaman. Belum lagi 50 waktu. Cuba bayangkan jika Rasulullah tidak minta dikurangkan, sudah tentu umat Islam tak dapat menyempurnakan syariat tersebut.

Dengan lima waktu saja, tak semua umat akhir zaman mampu menunaikan solat pada awal waktu. Sedangkan itu adalah seruan Allah untuk menyembahnya.

Renungkanlah.



Sri Petaling
1400
28/05/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif