Welcome To My Life...

Tuesday, May 27, 2014

Terus Menunggu

Assalamualaikum.

Penantian itu hampir berakhir. Sekarang kita perlu menanti lagi.


They lost the all-important finale with the closest margin, last game of third single. But the 2014 Thomas Cup squad won our hearts. They united the entire nation.

They might be weakest on paper if compared to China, Denmark, or South Korea. However, on court, they stormed through and cleared anything that blocked their way. Not many trust this team before the tournament began. Even the target only set on semi-final, let alone winning the cup.

Mereka melepasi jangkaan dan membuatkan seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada mereka. Selepas menjuarai kumpulan dengan menewaskan Korea Selatan, mengejutkan Denmark 3-1 di suku akhir, membenam Indonesia 3-0 dalam pusingan separuh akhir untuk melepasi sasaran mereka sendiri. Terikat 2-2 selepas perlawanan beregu kedua, mereka begitu hampir membawa pulang Piala Thomas dari bumi India tetapi kecewa akhirnya.

Mari kita mengimbau sejarah.

22 tahun sejak kali terakhir Malaysia menjulang piala berprestij itu. Skuad 1992 menjuarai kejohanan di depan para penyokong sendiri.


MALAYSIA 3-2 INDONESIA

Rashid Sidek kln Ardy Wiranata 
15-11, 10-15, 15-8

Razif Sidek/Jalani Sidek kk Rudy Gunawan/Eddy Hartono
9-15, 15-9, 3-15

Foo Kok Keong kln Alan Budikusuma
15-6, 15-12

Cheah Soon Kit/Soo Beng Kiang kln Ricky Subagja/Rexy Mainaky
15-12, 10-15, 15-8

Kwan Yoke Meng kk Joko Supriyanto
3-15, 7-15

-----------------------------------------------------------------

Kali terakhir Malaysia layak ke final pula adalah pada tahun 2002, 12 tahun yang lalu.

Malaysia 2-3 Indonesia

Wong Choong Hann kln Marleve Mainaky
7-5, 7-5, 7-1

Chan Chong Ming/Chew Choon Eng kk Candra Wijaya/Sigit Budiarto
3-7, 4-7, 2-7

Lee Tsuen Seng kln Taufik Hidayat
1-7, 7-5, 7-2, 2-7, 7-3

Choong Tan Fook/Lee Wan Wah kk Halim Haryanto/Tri Kusharyanto
7-8, 8-7, 1-7, 3-7

Roslin Hashim kk Hendrawan
 7-8, 2-7, 1-7

------------------------------------------------------

Malaysia mengambil masa lebih sedekad untuk kembali ke pentas final. Walaupun tewas 2-3 kepada Jepun yang muncul juara kali pertama, skuad badminton Malaysia boleh berbangga kerana mengejutkan ramai pihak dengan aksi hebat. Ini mungkin Piala Thomas terakhir buat Dato' Lee Chong Wei dan pelapis mesti dicari untuk memastikan piala ini dibawa pulang semula.

Walaupun mereka tak akan dikenang sebagai juara yang mengembalikan kegemilangan badminton negara, skuad 2014 akan terpahat dalam lembaran sejarah sebagai pasukan yang nampak 'lemah' tetapi bersemangat waja. Wei Feng memberikan mata-mata berharga dengan memenangi kesemua perlawanannya dalam edisi kali ini sebelum tumbang di tangan Kento Momota dalam aksi final.

Begitu juga gandingan V Shem/Wee Kiong yang memberikan mata kemenangan menentang Korea Selatan (kumpulan) dan Denmark (suku akhir) serta menyamakan kedudukan menentang Jepun. Beregu ini menampilkan pertahanan yang kental dan tenang menangkis asakan. Serangan mereka juga tajam dan kemas.

SKUAD 2014
Lee Chong Wei
Chong Wei Feng
Daren Liew (kapten)
Goh Soon Huat
------------
Hoon Thien How
Tan Boon Heong
Goh V Shem
Tan Wee Kiong
Chan Peng Soon
Lim Khim Wah


Majulah badminton untuk Malaysia.
Kembalilah Piala Thomas ke bumi bertuah ini.



Sri Petaling
0800
27/05/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif