Welcome To My Life...

Tuesday, May 27, 2014

Memori Air Manis : D1P1

Assalamualaikum.

#mcskampunggetaway
Day 1 Part 1

Hujung minggu baru-baru ni aku mengikuti rombongan Persatuan Kebudayaan Melayu (MCS) IMU ke Sabak Bernam untuk program homestay Air Manis. Housemates aku semua pergi kecuali dua orang. Penuhlah satu bas bertolak ke sana. Dan bukan hanya pelajar berbangsa Melayu yang turut serta. Aktiviti jalan-jalan release tension ni berjaya menarik penyertaan dua orang berbangsa Cina. Meriah.

Kami bertolak seawal 8 pagi hari Sabtu (24 Mei).


Ipan aka ketua rombongan merangkap housemate dan juga presiden kelab memberikan ucapan perasmian ketika perjalanan baru bermula. Destinasi pertama kami adalah kilang bahulu di Sekinchan. Perjalanan memakan masa lebih dua jam.

Kami sampai di kilang bahulu Masri dan melihat proses membuat bahulu, rempeyek, kuih-muih, dan beberapa jenis kerepek.

 Our Chinese participants



Selama ni tahu makan saja. Dapatlah juga melihat dengan mata sendiri bagaimana membuatnya. Yang lebih best dapat makan percuma. ^_^

 Presiden mencuba bakat

 Kuih ros!

Ini tester untuk dicuba.


Ni pulak para pembalun tester (gurauan semata) yang mencuba semuanya seperti sedang makan kuih raya di Aidilfitri. Orang dah letak kan. Kita rasalah. Tambahan pulak disediakan air percuma. Sebelum pulang, aku beli sebungkus kerepek kegemaran yang pastinya murah dengan harga 'meletop'. Empayar kerepek Masri memang terbaik!

-------------------------------------------------

Destinasi seterusnya adalah sawah padi Sekinchan.


Masa ni dah hampir tengah hari. Memang panas membahang. Tapi proses bergambar tetap diteruskan dengan semangat waja. Ahli-ahli rombongan tak berapa peduli sangat dengan kekerapan padi ditanam, proses menuai padi. Cuma agak jakun melihat jentera yang ada. Yang tak pernah melihat padi juga berasa amat teruja. Cek sebagai anak jati Kedah tak pelik sangat tengok bendang.

 Nak naik jentera tu tapi tak dapat. x_x

 
Kepanasan tak menghalang fotografi

  Kegilaan di bendang

----------------------------------------------

Sawah dah tengok. Ke kilang beraslah pula.


Nak masuk muzium kena bayar RM4. Mulanya aku tak berminat. Tapi bila majoriti dah masuk (tinggal dua tiga orang yang tak nak), aku bayar jugak harga tiket.

 Sebelum masuk

Model produk

Berbaloi jugaklah dapat tahu sejarah penanaman padi di Sekinchan. Bagaimana perintis syarikat ni membina Kingdom of Paddy Field yang kemudiannya dilanda krisis pada tahun 2004 (kalau tak salah) kerana serangan serangga perosak dan angin. Mereka mengalami kerugian jutaan ringgit. Mereka terbang ke Taiwan untuk menimba ilmu pertanian dan membawa pulang pengetahuan itu. Mereka mencuba pelbagai cara sebelum akhirnya menemui kaedah penanaman yang sesuai. Memang menarik hikayat tersebut. 


Inilah hasilnya meneroka muzium. Bergambar lagi dan lagi.

 Sebelum keluar

Berehat di kafe selepas keluar dari muzium.

Inilah sekampit beras yang diberikan untuk harga tiket masuk tadi...


-------------------------------------------

Destinasi seterusnya, kilang Nata De Coco dan minyak kelapa dara.


Inilah Nata (fiber) De Coco (kelapa) selepas proses penapaian dan sebelum ditambah perisa. Rasanya? Masam... Masa ni kami diberikan penerangan proses membuatnya. Kemudian dapatlah rasa Nata De Coco percuma. Sedap.


Tersadai selepas melawat kilang. Sudah kepenatan walaupun baru fasa awal. Masih banyak perjalanan yang akan ditempuhi. Masa ni aku dah tak sabar nak sampai homestay yang tak jauh dari situ. Tapi ahli rombongan yang lain sibuk memborong. Sebotol minyak kelapa dara berharga RM 12. Nata De Coco kalau beli satu RM 4, tiga RM 10.

--------------------------------------------

Selesai menghabiskan duit di kilang Nata De Coco, kami bergerak menuju ke destinasi utama. 
Homestay Air Manis.


-BERSAMBUNG-


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif