Welcome To My Life...

Sunday, January 29, 2012

Teruskan Perjuangan



Assalamualaikum..

Argghhh.. kecewa sungguh aku semalam.. pasukan kesayangan aku iaitu Red Devils aka Manchester United telah tersingkir daripada saingan Piala FA musim 2011/2012.. lebih menyedihkan adalah kekalahan itu ditanggung selepas ditumbangkan musuh ketat zaman berzaman iaitu The Kops aka Liverpool.. penguasaan bola yang jelas namun gagal diterjemahkan kepada jaringan.. The Kops menghukum dua kali kesilapan defensif..

Semalam aku dah sempurnakan pembelian aksesori diri untuk semester kedua menggunakan wang biasiswa JPA.. adalah sikit barang-barang keperluan.. alhamdulillah, semua lengkap.. urusan aku dipermudahkan oleh-Nya.. syukur ke hadrat Ilahi..

Petang ini, pada jam 2.30, aku akan bergerak pulang semula ke INTEC menamatkan cuti raya Cina.. masih ada perjuangan yang belum selesai.. masih ada perhitungan yang belum terlangsai.. masih lagi ada impian yang ingin digapai.. masih ada harapan yang tidak terlerai.. maka aku mesti kembali melangkah gagah dan teguh..

Minggu ini aku akan menghadapi percubaan IELTS yang membawa carry marks untuk subjek ALEL20 (Bahasa Inggeris).. dan komponennya adalah SPEAKING.. sesuatu yang membuat aku sedikit gemuruh.. moga Allah mempermudahkan urusanku sekali lagi..

Dua bulan lagi aku akan kembali semula ke baiti jannati untuk cuti pertengahan semester.. i'm looking forwards for it.. haha.. tak sabar untuk menempuh cabaran lagi dan lagi..








p palang s : Semangat waja..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif