Welcome To My Life...

Monday, January 9, 2012

Doktor Kulinari


Assalamualaikum..

Persatuan Doktor Semarikh dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Medical Doctor Ezani Farhana kerana telah menjuarai satu pertandingan di luar bidang kedoktoran iaitu pertandingan masakan dalam bidang kulinari.. kejayaan beliau membuktikan tidak mustahil bagi seorang doktor untuk berkebolehan memasak.. hehe..

Aku senyum seketika apabila mengetahui kemenangan beliau kerana aku pernah berkata kepada adik lelakiku beberapa minggu lepas, "Ezani nak menang ni".. tak sangka pemerhatian aku sangat tepat.. walaupun Ezani jarang memenangi pusingan tetapi beliau juga jarang ke pusingan penyingkiran.. pandai jugak aku menilai (perasan kejap)..

Apa pun, tahniah kepada Doktor Ezani kerana telah bergelar Masterchef Malaysia yang pertama.. nama anda akan terus terpahat dalam lembaran sejarah Masterchef Malaysia.. lain kali ingat doktor, ingatlah masakan yang lazat dan enak-enak belaka.. :)

Semalam memang hari yang menggembirakan bagi aku.. Lee Chong Wei berjaya menjuarai Terbuka Korea dengan mengalahkan seteru utama, Lin Dan, dalam tiga set.. dan pasukan kesayangan aku, Manchester United, mara ke pusingan seterusnya dalam Piala FA apabila menewaskan Manchester City.. an ugly win is still a win.. ^_^










p peluk s : Semalam yang indah...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif