Monday, January 16, 2012

Jagoan Bertakhta Lagi


Assalamualaikum..

Semalam adalah hari yang menggembirakan bagi keluarga badminton Malaysia dan para peminat di setiap pelosok tanah air kita yang tercinta.. Datuk Lee Chong Wei buat kesekian kalinya menguasai pentas final untuk menambah koleksi kejuaraan yang dimilikinya..

Tambah mengujakan adalah kemenangan LCW semalam meletakkan namanya sebaris dengan pemegang rekod pemenang kejuaraan Terbuka Malaysia terbanyak iaitu legenda badminton Malaysia, Wong Peng Soon.. kedua-duanya telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali.. itu adalah rekod yang bukan calang-calang orang boleh menciptanya..

Malah kemenangan mudah di perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2012 semalam membuktikan betapa jauhnya jarak yang membezakan antara LCW dengan pemain-pemain lain.. beliau berada di kelas yang tersendiri.. hanya Lin Dan saja yang berada di kelas lebih tinggi.. kini LCW perlu fokus untuk mengatasi seteru utama dari China itu..

Tahniah Datuk LCW kerana membelasah Kenichi Tago 21-6 21-13 dalam masa 37 minit di hadapan sorakan padu penyokong sendiri.. pasti pemain Jepun itu terkedu dibuli sedemikian rupa.. sekian dulu entri yang diupdate sambil menanti kelas pukul 11 pagi.. tiga jam lagi..

Sebentar lagi penyampaian hadiah untuk pertandingan futsal tempoh hari akan diadakan.. aku dah tak sabar nak merayakan kemenangan bermakna dalam hidup aku.. huhu.. gumbira.. senangnya dalam hati... wassalam..









p peluk s : Cepat lar raya Cina...


3 comments:

EZAD AMIR said...

Huiyoo..btw pmain jepun tu nama ichigo kan?ekekeek..
Dia dpt g final pn pas chen jin tarik diri sbb injured kt bahu kan..

c'axoera said...

nasib baik dia tak sesengal biasa :D


http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/disini-kita-bermula.html

M Fizan said...

@EZAD AMIR huhu.. tak tau lar.. yang penting kena belasah dengan chong wei :D

@c'axoera alhamdulillah.. rezeki Allah :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif