Sunday, January 22, 2012

Syaitan Merah

Assalamualaikum..

Malam nie dua perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris berlangsung berturut-turut.. aku pun dah tak sabar.. fokus peminat seluruh dunia akan tertumpu di Stadium Etihad pada pukul 9.30 malam waktu Malaysia sebelum berpindah ke Stadium Emirates pada pukul 12 tengah malam..

Lelaki Dari Marikh akan menyenaraikan trio dari setiap pasukan yang akan menentukan keputusan malam ini serta prebiu dan ramalan keputusan..

Manchester City vs Tottenham Hotspurs

Trio Penting
David Silva + Sergio Aguero + Joe Hart
vs
Gareth Bale + Rafael van der Vaart + Brad Friedel

Prebiu
City berkelebihan bermain di tempat sendiri.. tetapi Spurs pasti ingin membalas dendam selepas dibelasah 5-1 di White Hart Lane dalam pertemuan terdahulu.. City akan bergantung kepada kemampuan Silva mengawal bahagian tengah dan kepakaran Aguero menjaringkan gol manakala Spurs berharap kepantasan Bale akan dapat menembusi gawang dikawal Hart..

Ramalan Marikh
Manchester City 1-2 Tottenham Hotspurs


Arsenal vs Manchester United

Trio Penting
Robin van Persie + Theo Walcott + Thierry Henry
vs
Nani + Wayne Rooney + Antonio Valencia

Prebiu
Arsenal pasti begitu bersemangat untuk membalas dendam selepas dibelasah 8-2 dalam perlawanan awal musim ini.. United pula bermotivasi untuk memburu takhta.. penyudah van Persie dan Rooney akan membezakan siapa yang menang dan siapa yang akan berputih mata.. ancaman Nani dan Valencia dari kedua-dua sayap pasti menggusarkan pertahanan Arsenal.. legenda EPL, Henry bisa meruntuhkan kubu United jika cergas untuk beraksi..

Ramalan Marikh
Arsenal 1-3 Manchester United


Bermula 9.30 malam nie, mata aku akan terpaku di kaca televisyen.. tapi perlawanan yang paling aku nantikan sudah tentu melibatkan pasukan kesayangan aku (Syaitan Merah) tepat 12 tengah malam.. moh ler kite... :)










p cium s : Glory glory Red Devils..


4 comments:

Far8 budak baik said...

hampeh betol lah ramalan tuuu..
aku dah ar arsenal fan...
ahahahahahahaha...

EZAD AMIR said...

haiyoo...xsempat nk tgk smlm..
=.=

schaze zainn said...

tak minat sangat tengok bola

tp minat tengok player..aGAGA

M Fizan said...

@Far8 budak baik hahaha.. ramalan aku hampir tepat.. kalau lar welbeck tak miss......

@EZAD AMIR huhu.. tahniah kerana x sempat.. ahaha

@schaze zainn haha.. tak patut....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif