Assalamualaikum..
Final yang dramatik.. tiga patah perkataan yang cukup menggambarkan suasana perlawanan akhir Terbuka Australia 2012, yang pertama daripada empat Grand Slam dalam kalendar tenis dunia.. Novak Djokovic dari Serbia di ranking pertama dunia bertemu Rafael Nadal dari Sepanyol di ranking kedua.. buku bertemu ruas.. lima jam 53 minit.. perlawanan akhir paling lama dalam sejarah.. pembukaan yang menarik untuk tahun baru..
Masa aku sampai kolej dari stesen bas malam tadi, tetiba aku tengok bilik TV padat dan riuh-rendah.. aku pun hairan apa yang jakun sangat sebab tak ada perlawanan bola pun.. semerta aku teringat yang final Terbuka Australia masa tu.. patut lar... aku pun berdiri di tingkap saja sebab tak nak bersesak di dalam..
Memang hingar-bingar suasana tak dapat digambarkan kerana memang perlawanan ini dinanti-nantikan.. dua pemain terbaik dunia masa kini.. sama hebatnya dengan perlawanan Nadal bertemu Roger Federer satu ketika dulu.. dari gaya sorakan, aku dapat mengesan ramai penyokong Djokovic.. aku pula sudah lama meminati permainan Nadal..
Memang jeritan semalam bila-bila masa saja akan 'menjemput' pak cik polis dari balai yang menjadi jiran kolej kami.. macam konsert dah jadinya.. setiap kali Djokovic memungut mata, sorakan padu pun bergema.. akhirnya Djokovic menang setelah pertarungan hebat lima set 5-7, 6-4, 6-2, 6-7 (5/7) dan 7-5.. sebaik pukulan silangnya membuatkan Nadal terkaku, Djokovic terbaring keletihan dalam senyuman kepuasan..
Satu perlawanan akhir yang turut membuatkan aku tersenyum.. rali panjang yang berturut-turut.. two players that never settled for a defeat.. model unggul yang berjuang habis-habisan untuk setiap pukulan yang menggoncang otot.. kedua-duanya tidak mudah menyerah.. akhirnya Novak Djokovic keluar dari medan pertarungan sebagai pemenang kerana kesungguhannya sedikit lebih mengatasi Rafael Nadal..
Sekian laporan Buletin Marikh.. wassalam..
p peluk s : What a match....
No comments:
Post a Comment