Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya aku masih lagi dapat bernafas dan menghirup udara di dunia pinjamannya pagi ini.. lewat malam tadi baru aku sampai ke baiti jannati walaupun perjalanan aku dari Shah Alam bermula 10 pagi.. perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa enam hingga tujuh jam menjadi perjalanan yang begitu menyeksakan semalam..
Hampir 12 jam aku berada dalam bas, menahan lenguh dan kebosanan.. dalam hujan rahmat, aku merupakan salah sorang yang menjadi mangsa kesesakan jalan raya tahap pergerakan semut.. selepas 3 jam bertolak, kira-kira pukul 1 petang, bas yang aku naiki masih lagi dalam negeri Selangor.. dan 2 jam kemudian, baru sampai Tanjung Malim.. sekali lagi terperangkap dalam kesesakan yang teruk dan dahsyat..
Akhirnya selepas mengharungi perjalanan paling panjang Shah Alam-Changlun, aku tiba jua pada pukul 9.30 malam.. tempoh perjalanan ini mengatasi perjalanan pulang aku pada tahun baru yang mengambil masa 10 jam.. mungkinkah perjalanan seterusnya akan memaksa aku bermastautin dalam bas selama satu hari??
Apa pun, aku bersyukur sangat sebab dah sampai dengan selamat.. ayah dan adik aku pun dah selamat sampai di Johor atas urusan keluarga.. lega sungguh dapat baring atas katil empuk kesayangan aku nie.. home sweet home...
Alhamdulillah, duit biasiswa JPA pun dah masuk.. memang Chinese New Year terbaik.... aku nak pergi shopping sakan.. haha.. nak beli jam tangan baru, kasut baru, sweater baru, kemeja baru.. isteri baru?? Oh, tidak! Tak sabar tunggu dua pertembungan EPL yang sangat dinanti-nantikan malam ini.. Manchester City vs Tottenham Hotspur dan paling penting, Manchester United vs Arsenal.. :)
p peluk s : Nak shopping...
No comments:
Post a Comment