Sunday, January 1, 2012

Chapter Two : Study Again


Assalamualaikum..

Lusa bermula lar semester kedua aku.. new semester, new chapter.. pendaftaran pelajar apabila telah sempurna, maka bersambung kisah kehidupan aku sebagai pelajar.. nak kata bersedia tu tak pasti.. tapi semangat tu agak membara.. biar sepayah mana cabaran menanti, aku akan hadapi dengan tabah.. insya Allah..

Shah Alam, bandar yang dulunya asing bagi aku.. kini sudah menjadi taman permainan aku.. aku meronda saban hari dari Seksyen 6 ke Sekyen 17 dan petangnya kembali semula.. tempat aku belajar erti sebuah kehidupan.. berdikari dan menguruskan hidup sendiri.. aku masih hidup.. jadi aku lulus ujian awal.. huhu.. 2012 pastinya membawa dugaan berbeza..

Mungkin lepas nie agak susah nak blogging.. aku kena bahagikan masa untuk belajar dan siapkan tugasan.. aku harap sangat tahun baru nie lebih baik untuk aku dan untuk kita semua.. jam 10 malam nie bermula lar perjalanan aku.. doakan aku, sahabat.. :)











p palang s : Speechless..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif