Welcome To My Life...

Friday, January 6, 2012

A Week To Forget


Assalamualaikum...

The saddest words of pen and tongue is this :
"It might have been..........."

Kalau dua subjek aku tak cuai, mungkin aku dah lepas cut-off point JPA..
itu cuma "kalau".....

Satu minggu untuk dilupakan.. a week to forget.. minggu yang sangat mengecewakan bagi aku.. sangat-sangat menyakitkan.. keputusan semester pertama aku agak teruk kerana aku gagal menggapai bintang yang aku harapkan.. malah bukan jatuh ke awan, lebih teruk terjelepuk di atas tanah.. moralnya, don't expect too high because we might end up disappointed.. Aku ada tiga subjek jer.. tapi satu gred A pun tak dapat..

Aku tak lar kisah sangat tak dapat masuk kelas fast-track IMU untuk 26 daripada 100 orang.. diorang akan cepat satu semester tapi aku lebih suka relaks dengan jumlah semester asal.. sekurangnya aku ada satu semester ekstra.. yang mengecewakan aku adalah keputusan dua subjek iaitu Kimia dan Matematik yang tidak mencapai piawaian yang aku tetapkan.. Kimia adalah titik paling menghampakan sebab kertas final aku sangat teruk.. cuai jawab soalan mudah sampai hilang 10 markah.. 6 markah hilang sebab tak perasan ada huruf 'k' pada perkataan 'kg' (kilogram).. aku mati-mati ingat dalam nilai gram.. 10 markah tu menyebabkan gred aku bertukar lebih rendah..

Matematik pun sama.. aku cuai buat pengiraan sampai hilang 7 markah.. dan lebih menyeksakan, itu menghalang aku daripada dapat gred A.. markah aku 78% selepas ditambah dengan 50% daripada subjek Statistik.. aku memang target A.. tapi sebab markah Matematik aku terlalu rendah daripada yang diharapkan, maka aku terpaksa kecewa.. ada kawan aku dapat gred lebih tinggi untuk Kimia.. sangat menyedihkan..

Markah gred terkumpul aku adalah 10.. tak sampai cut-off point JPA iaitu 12.. mungkin tak apa untuk semester pertama.. tapi aku akan berusaha lebih gigih untuk semester kedua nie.. aku dah dapat banyak pengajaran daripada semester lepas.. aku dah kaji balik apa yang tak kena dan silap masa kali pertama aku hidup berdikari.. cara belajar pun perlu diperbetulkan.. yang menggembirakan untuk peperiksaan akhir semester lepas cuma kertas Biologi dan Statistik.. dua-dua kertas aku belajar tekun sebab aku tak nak kantoi..

Alhamdulillah, kertas Biologi paling menyenangkan hatiku.. sayangnya carry marks aku rendah.. itu yang mungkin membuatkan gred aku tak setinggi mana.. tapi aku tak kisah.. aku tahu bagaimana usaha aku untuk Biologi.. bermakna bukan mustahil bagi aku untuk skor kali nie.. perlu double effort.. dan insya-Allah aku akan mendapat keputusan lebih cemerlang.. doakan aku..










p palang s : Sedih dalam gembira..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif