Thursday, January 19, 2012

Aral Melintang


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari nie beberapa perkara penting telah diselesaikan sebelum cuti raya Cina.. aku dah bertekad untuk tidak mencari masalah dalam semester kedua nie.. hari nie aku dah siapkan laporan makmal untuk subjek Biologi yang perlu dihantar esok.. rasa sedikit lega kerana aku memang berusaha untuk mendapatkan carry marks setinggi yang mungkin.. pengajaran daripada semester pertama..

Tapi itu bukan tujuan entri ini ditulis.. aral yang melintang.. ya, semua berlaku petang tadi.. sehingga membuatkan aku stres.. semalam aku dan rakan-rakan sekelas rancang nak main futsal petang nie.. aku dah suruh kawan aku tolong tempah gelanggang dan bola.. aku ingat semuanya dah selesai.. pagi tadi dia bagitau dia tak tempah sebab budak kelas lain (kelas yang akan menjadi lawan kitorang) dah tempah.. aku rasa tak ada masalah dengan tu..

Lepas asar kitorang pergi lar gelanggang.. sebelum tu dah timbul kekeliruan sebab dikatakan budak kelas lawan pun tak tahu siapa yang tempah.. tapi aku masih berharap perlawanan tu akan menjadi kenyataan.. aku tak berhenti berharap.. tapi bila sampai gelanggang dan lihat orang lain dah masuk, aku rasa kecewa.. sebab aku dah pesan suruh kawan aku tu tempah semalam.. tempah satu hal, main satu hal.. kalau dah tempah percuma, tak main pun bukan ada masalah..

Aku dan kawan-kawan pun naik bas pulang ke Kolej Cendana dengan hati yang hampa.. aku tukar rancangan nak main badminton pulak.. kawan sekelas aku ada satu raket saja.. jadi aku cuba pinjam dari housemate kepada sorang lagi rakan sekelas aku.. sayangnya, housemate dia sedang dibuai mimpi.. sekali lagi aku kecewa.. teruk sungguh aral melintang.. aku sabarkan diri.. mungkin Allah ingin menguji aku..

Sudahnya, aku habiskan petang itu joging keliling tasik.. memang aku cuba sedaya upaya untuk kuruskan badan.. tapi masalahnya sekarang, kulit aku dah terbakar.. lepas ni aku kena guna sunblock..

Moral yang aku belajar hari ni, kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.. mungkin joging itu adalah yang terbaik untuk aku hari ni.. supaya lebih banyak tenaga aku digunakan, maka lebih banyak kalori dibakar.. kedua, aku belajar untuk tidak bergantung kepada orang lain.. next time, aku sendiri akan tempah gelanggang tu..










p palang s : Tak sabar nak balik...


6 comments:

EZAD AMIR said...

ko bru sem dua ke??muda lg rupanya...hek3

M Fizan said...

@EZAD AMIR haha..aku awet muda..

aleen aiden said...

semoga semangat nak dapatkan carry mark tinggi tu tak hanya separuh jalan ok. :)

teha said...

tuhan lebih mengetahui kan ?

Far8 budak baik said...

takpe takpe..
beli lah peramping nnti..
haha

M Fizan said...

@aleen aiden haha.. harap2 lar.. insya-Allah :P

@teha yup, Dia sebaik-baik perancang....

@Far8 budak baik hahaha.. rasa nak makan makjun kuat selasa....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif