Welcome To My Life...

Monday, January 30, 2012

Awan Nano

Assalamualaikum..


sumber : TV3


Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
dan bibirmu

Bait-bait lirik yang begitu menyentuh sanubari..

Semalam Hafiz, penyanyi kelahiran Sarawak produk Akademi Fantasia 7 membuktikan karyanya berkualiti selepas mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.. mengalunkan lagu ciptaan M. Nasir dengan lirik dikarang Budi Hekayat, lagu dendangan Hafiz yang berjudul "Awan Nano" dinobatkan Lagu Terbaik AJL26..

Malah dengan penghayatan yang begitu menusuk kalbu, Hafiz mendapat bonus dengan dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL26.. vokalnya memang menaikkan bulu roma Lelaki Dari Marikh setiap kali mendengar Awan Nano.. tidak hairanlah lagu ini menjadi lagu kegemaranku..

Tambah membuatkan aku teruja, Alyah menerusi lagunya, "Kisah Hati", telah memenangi anugerah Persembahan Terbaik dengan menampilkan kemunculan istimewa Remy Ishak sebagai gimik.. lagu ini juga merupakan lagu wajib dengar setiap kali aku ada masa lapang..

Tidak kurang hebatnya lagu "Beribu Sesalan" dan "Sedetik Lebih".. semuanya memang indah di telingaku.. mengasyikkan..... tahniah Hafiz dan para pemenang.. wassalam..










p tendang s : Masa untuk Awan Nano..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif