Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Thank you Allah..
Alhamdulillah..
Thank you Allah..
Syukur alhamdulillah.. urusan percubaan IELTS aku yang membawa carry marks untuk subjek ALEL20 dipermudahkan Yang Maha Mendengar.. percubaan bercakap nie ada tiga bahagian.. bahagian pertama adalah pengenalan tentang diri.. bahagian kedua diberi waktu untuk berfikir selepas membaca satu senarai soalan.. bahagian ketiga pula adalah soalan respons terbuka..
Hari ni separuh jer kelas aku terlibat.. separuh lagi akan diuji dua hari berselang.. kitorang lega sebab satu kegusaran dah tamat.. separuh nama yang atas dalam senarai nama kelas bersedia di luar kelas petang tadi.. aku mendapat giliran kelapan daripada 12 orang yang berjuang untuk markah yang berharga..
Sorang demi sorang masuk.. aku mula-mula tenang jer.. kepada semua rakan yang sama menanti aku ingatkan satu benda.. masuk jer dengan konfiden.. 'goreng' jer jawapan cukup-cukup.. tahu ke tak belakang kira.. yang penting bantai jer sehabis baik.. masa tu aku memang rileks.. tapi makin dekat giliran aku, makin cuak jadinya.. lupa dah ketenangan dan konfiden yang aku laungkan tadi..
Tiba giliran aku, aku masuk dengan ucapan salam.. bismillah di dalam hati.. duduk dan baca bismillah lagi.. berdebar sikit.. tapi bila sepatah jer kata keluar dari penemu bual, aku dapat keyakinan semula.. bahagian pertama mengenai cuti.. aku disoal "apa yang anda tak suka buat masa cuti?", "adakah anda lebih suka cuti keseorangan atau bersama keluarga?" dan "adakah anda suka percutian di tepi pantai atau di tepi atas gunung?".. bahagian pengenalan diri yang tak terlalu sukar..
Bahagian kedua, aku perlu membaca satu senarai soalan dan diberikan masa satu minit untuk menulis isi yang akan aku cakapkan.. topik mengenai satu sekolah yang pernah aku pergi.. soalannya adalah "bagaimana rupa bilik darjah anda?", "bagaimana ketrampilan guru?", "bagaimana subjek diajar?" dan "adakah itu sekolah yang baik?".. aku bedal jer seboleh mungkin dalam masa dua minit yang ditetapkan..
Tiba masa bahagian ketiga yang menggusarkan aku.. soalan respons terbuka.. memerlukan pemikiran kreatif dan kritis.. tapi alhamdulillah..... topiknya tentang sistem pendidikan.. pernah dibincangkan dalam kelas.. dan aku memang dah fikir jawapan jika soalan nie diajukan.. mungkin berkat bismillah yang aku baca berkali-kali sebelum masuk.. alhamdulillah, aku dapat jawab.. tapi mengecewakan kerana tak berapa fasih.. kurang lancar kerana memikirkan ayat apa yang nak diucapkan selepas ayat yang aku cakapkan.. sedih.....
Keseluruhannya, aku berpuas hati untuk percubaan pertama ni.. aku dapat jawab.. tapi masih kurang fasih dan lancar.. banyak lagi perlu diperbaiki.. insya-Allah dengan latihan yang berterusan, aku akan dapat menguasai skil bercakap dengan baik..
p palang s : Berusahalah...

No comments:
Post a Comment