Welcome To My Life...

Saturday, January 7, 2012

Saja Conteng


Assalamualaikum..

Semalam aku bosan-bosan, bukak paint dan conteng.. maka terhasil lar karya nie.. mungkin tak sehebat karya profesional tapi aku puas hati.. hehe.. untuk pengetahuan korang, reunion kitorang dirancang pada bulan Mei 2012.. saja rancang awal-awal sebab nak jadikan majlis gilang-gemilang.. bak kata orang, perfect preparation.. kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. dengan izin Allah, majlis nie akan jadi kenyataan..

"5 ALFA 2010" tu aku rasa dah cantik sebab memang aku nak jadikan menonjol lebih daripada tulisan yang lain.. jadi aku cari font yang membuatkan tajuk tu lebih kelihatan berbanding yang lain.. main focus..

"Return To The Memories" tu pulak tagline kitorang.. dah macam filem kan.. :)
Kenangan zaman sekolah memang indah.. dan kitorang nak berkumpul semula untuk mengembalikan semula memori-memori terindah yang telah tercipta..

Warna latar pink tu aku pilih sebab lembut.. supaya kontra dengan warna tulisan yang gelap dan striking.. warna tulisan lebih bold supaya menonjol.. jadi aku pilih warna latar yang damai dan feminin.. tapi budak fomfuan kelas aku pulak yang bising warna merah jambu.. huhu..

Emoticon tu pulak aku letak sebab nak penuhkan ruang.. kalau tak letak, nampak kosong.. bila tengok semula, nampak comel kan.. hehe.. warna emoticon yang kuning tu pulak nampak sesuai dengan warna latar yang lembut tu..

Aku dah buat satu lagi just-for-fun design yang akan aku letak kat blog nie dalam masa terdekat.. doakan majlis kitorang terlaksana dengan jayanya.. wassalam..











p peluk s : Sedang merancang..

2 comments:

Niena Muhammad said...

smoga mjlis tu brjalan ngan lancar :D

M Fizan said...

@Niena Pengembara Ilahi insya-Allah.. thanks.. :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif