Tuesday, January 3, 2012

Saya Ada P1


Assalamualaikum...

Gumbira rasa tak perlu tinggal blog nie bersawang.. hehe.. hari nie dalam sejarah aku dan dua orang rakan dah setuju berkongsi untuk menggunakan P1 Wimax.. dah siap dipasang pun.. aku update blog guna P1 lar nie.. bukan nak online facebook tujuan kitorang.. nak senang siapkan tugasan yang pastinya akan berlambak sem nie.. yeeeha.. sebulan tiga puluh tiga ringgit Malaysia tunai.. insya-Allah guna duit biasiswa tak ada lar membebankan umi dan ayah aku..

Tak payah lar aku nak rindu blog merangkap diari aku nie... pagi tadi aku dah mendaftar sebagai pelajar semester dua.. secara rasminya aku akan belajar di INTEC lagi.. alhamdulillah.. aku akan gunakan pengalaman semester satu dengan sebaiknya.. aku masih kekal di kelas yang sama iaitu 12M5.. beberapa orang rakan telah dinaik taraf ke kelas ekspres 12M1 kerana mereka genius.. hoho.. aku memang tak sanggup nak ekspres-ekspres bagai nie.. lebih rela aku conteng dinding "I QUIT" macam dalam filem 3 Idiots..

Esok bersambung lar perjalanan aku sebagai seorang pelajar.. alhamdulillah, kelas sem nie agak longgar.. lebih rileks dan menenangkan.. malang sekali pelajar ekspres dapat jadual padat sama macam sem lepas.. haha.. nak mampatkan 4 bulan extra punya pasal.. boleh lar aku belajar santai-santai.. insya-Allah sem nie lebih baik.. hari nie lebih baik daripada semalam.. dan esok lebih baik daripada hari nie..











p palang s : Nak rehat...


3 comments:

sobri yaacob said...

he..he... pakai stremix mcm ni untung.. tmbg kaluu kongsi dgn kwn2 ..krang skit beban nak byar..

Cik Nuhaa said...

alhamdulillah , da sem dua dah awk ye .. bila habis ?

M Fizan said...

@sobri yaacob memang lar.. tapi sekarang ada masalah kawan amik kesempatan tapi tak nak bayar pulak.. aduhai...

@Cik Nuhaa hehe.. lagi dua sem.. semua empat sem.. alhamdulillah :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif