Welcome To My Life...

Tuesday, January 10, 2012

Crème de la Crème

Assalamualaikum..

Crème de la crème.. the best of the best.. malam tadi majlis Anugerah Ballon d'Or FIFA 2011 telah dilangsungkan di Zurich (Switzerland), untuk menghargai bintang-bintang bergemerlapan yang telah menyinari planet Bumi sepanjang tahun lepas.. Lelaki Dari Marikh turut berbangga kerana pasukan kesayanganku juga mempunyai wakil di pentas termasyhur anugerah bola sepak berprestij di dunia..

Seperti dijangka, Lionel Messi dinobatkan menjadi raja bola sepak dan Pep Guardiola yang membimbing Barcelona menguasai dunia dipilih sebagai pakar taktikal mengatasi Jose Mourinho (Real Madrid) dan Sir Alex Ferguson (Manchester United).. Sir Alex Ferguson pula diberi penghormatan menerima Anugerah Presiden FIFA atas kejayaan tiada tolok bandingnya menerajui Manchester United memenangi deretan kejuaraan selama 25 tahun..

Pasukan impian 2011 pula melibatkan hanya tiga kelab saja apabila dibarisi pemain-pemain Barcelona, Real Madrid dan Manchester United.. Norio Sasaki menjadi jurulatih terbaik wanita selepas membimbing Jepun menjuarai Piala Dunia Wanita dan Persatuan Bola Sepak Jepun memenangi Fair Play Award dengan semangat mereka bangkit daripada tragedi gempa bumi..

Red Devils' Trio

Magnificent Mastermind

The King and The Queen

The Best Goal's Scorer


The best goal of 2011

Aku sedih jugak sebab sepakan gunting Wayne Rooney menentang Manchester City tewas kepada jaringan solo Neymar.. tetapi tahniah diucapkan kepada semua pemenang.. terbaik antara yang terbaik..

SENARAI PENUH PEMENANG
ANUGERAH BALLON D'OR FIFA 2011

FIFPRO WORLD XI
Iker Casillas; Daniel Alves, Gerard Piques, Sergio Ramos, Nemanja Vidic; Andres Iniesta, Xabi Alonso, Xavi; Lionel Messi, Christiano Ronaldo, Wayne Rooney

PRESIDENTIAL AWARD
Sir Alex Ferguson

WOMEN'S COACH OF THE YEAR
Norio Sasaki

MEN'S COACH OF THE YEAR
Pep Guardiola

PUSKAS AWARD
Neymar

FAIR PLAY AWARD
Japanese Football Association (JFA)

WOMEN'S PLAYER OF THE YEAR
Homare Sawa

MEN'S PLAYER OF THE YEAR
Lionel Messi


Begitulah berakhirnya majlis gilang-gemilang buat mengiktiraf kehebatan bakat-bakat terunggul bola sepak dunia 2011.. semoga kita dapat melihat bakat baru lahir dalam tahun 2012 dan memukau dunia dengan aksi mengagumkan.. sekian dulu, wassalam..










p palang s : Red Devils forever..

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif