Kasut baru yang aku pakai
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. hari minggu yang sangat indah buat aku.. setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pasukan kelas aku telah berjaya.. semalam aku ada post entri mengenai debaran menjelang pertandingan futsal hari nie.. dan pagi tadi pasukan kelas aku telah berjaya mendapat gelaran naib juara dengan limpah dan kurnia-Nya..
Aku puas hati lar sebab pasukan senior pun turut menyertai pertandingan.. pasukan yang terlibat pun kuat-kuat.. tapi dengan semangat, tekad dan kesungguhan kami semua, pasukan 12M5 telah merentas laluan sukar untuk mendapatkan sesuatu.. Alauddin, Ehsan, Dev, Sajid Nabiel, Zafran Adib dan Syahid Yasin merupakan rakan sepasukan aku yang sama-sama berjuang menghadapi detik-detik mencemaskan sebelum dinobatkan pasukan kedua terbaik..
Pasukan aku terlibat dalam perlawanan sulung.. aku memang cuak habis sebab takut sangat kalah awal.. tambah-tambah lawan pasukan yang dibarisi budak-budak Cina.. perlawanan tu macam tarik tali sebelum kitorang 'bungkus' diorang 5-3.. seperti biasa, Syahid adalah peledak utama yang berbisa dan boleh aku harapkan..
Ada 16 pasukan beraksi.. kemenangan sulung membawa kitorang ke suku akhir.. bertemu pasukan senior yang majoriti memakai jersi Malaysia dan berdasarkan aksi diorang dalam pusingan awal, kitorang ada sebab untuk risau.. perlawanan memang sengit.. aku masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua, menggerakkan gol yang dijaringkan Syahid Yasin dan membenarkan Dev masuk untuk 'tutup kedai' (istilah aku untuk bertahan habis-habisan).. kitorang berhasil menang 1-0.. kepuasan pada masa tu memang tak terkata..
Semi-final lawan pasukan kelas roommate aku.. diorang ada pemain cilik yang lincah, Usop (bukan nama sebenar).. dalam perlawanan sebelumnya, diorang buli pasukan senior.. jadi aku pesan Sajid dan Ehsan bertahan dengan kental macam selalu.. satu lagi perlawanan yang sengit.. kitorang mendahului tapi disamakan semula.. aku masuk pada babak kedua menggantikan Adib.. hujan rintik-rintik, memang kondisi yang paling aku suka.. basah dan licin.. ternyata keadaan yang sesuai untuk aku menjaringkan gol pendahuluan.. euforia masa tu tak dapat digambarkan.. aku suruh Dev gantikan aku untuk satu lagi situasi shut-up shop..
Tapi kesilapan pada saat terakhir membenarkan gol penyamaan dijaringkan.. 2-2.. terus ke penentuan sepakan penalti.. tiga orang saja.. Syahid skor dengan mudah dan Alauddin selamatkan sepakan Usop.. 1-0.. aku dah melutut sambil menadah tangan berdoa kepada Allah.. tapi Ehsan dan Sajid gagal.. begitu juga pemain kedua lawan.. dan pemain ketiga lawan skor untuk 1-1.. masuk situasi sudden death.. semua suruh aku yang ambik.. jadi aku beranikan diri untuk menapak.. selangkah saja kaki dihayun dan GOL!!! (alhamdulillah).. sepakan lawan pula gagal.. 12M5 ke final!!
Final pun lawan satu lagi pasukan kelas roommate aku.. mungkin kerana dah berpuas hati, kitorang tak dapat asak dengan baik.. sekali lagi aku masuk pada babak kedua untuk mengubah keadaan.. malangnya satu serangan pihak lawan terkena kaki Dev dan masuk ke gawang.. satu serangan akhir yang tinggal.. aku berjaya melepasi roommate aku tapi hantaran lintang aku kepada Sajid ditanduk sipi melepasi tiang dan....... wisel terakhir.. sedikit mengecewakan bagi aku yang sentiasa ingin menang..
Masa aku datang pagi tadi memang nak main semua perlawanan sampai final.. alhamdulillah, dengan izin Allah, hajat aku tercapai.. diorang panggil aku manager sebab aku semangat bagi instruction pada kawan-kawan aku.. pemain mana perlu dikawal, posisi mana perlu dijaga.. aku puji komitmen semua rakan-rakan sepasukan aku..
Tahniah korang semua.. aku cuma sebaris nama.. korang memang layak.. :)
p palang s : Manchester United menang 3-0....

No comments:
Post a Comment