Wednesday, January 11, 2012

Pengetahuan Allah


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya dalam kelas CTIS20 petang tadi, persoalan aku selama ini telah terjawab tanpa diduga.. kelas hari ini yang masih di peringkat permulaan habis terlalu awal.. dan ustaz membuka ruang untuk sebarang soalan.. salah sorang kawan aku bertanya tentang qada' dan qadar.. dia bertanya cara untuk menjawab sekiranya orang bukan Islam mempersoalkan tidak perlu lagi berusaha melakukan kebaikan jika nasib kita di akhirat kelak sudah ditentukan Allah..

Itulah persoalan yang sering bermain di minda aku.. bukan aku meragui Allah yang Maha Agung.. tetapi aku tertanya-tanya jika Allah yang Maha Mengetahui sudah pasti tahu nasib hamba-Nya yang telah ditetapkan, segalanya sudah ditentukan oleh Allah SWT.. adakah kita sekadar menjadi pelakon di dunia yang fana ini? Adakah dunia lain selepas ini yang hanya dalam pengetahuan Allah? Aku sering tinggalkan persoalan itu begitu saja agar tidak merosakkan akidah aku..

Hari nie aku berpeluang untuk mendapatkan jawapan.. ustaz sendiri kurang pasti dengan jawapannya.. mujurlah seorang hafizah Darul Quran yang merupakan salah sorang rakan sekelas aku dapat memberikan jawapan yang aku kira telah memuaskan minda aku yang sering berfikir nie dan hujahnya konkrit lagi bernas..

Kata Kak Nas (bukan nama sebenar), memang betul seperti yang semua orang ketahui, segala yang telah berlaku dan akan berlaku telah tersurat di Luh Mahfuz.. tetapi itu bukanlah KETETAPAN Allah sebaliknya PENGETAHUAN Allah tentang apa yang akan terjadi kepada manusia.. sememangnya Allah tahu siapa yang akan masuk ke syurga dan ke neraka kerana Dia Maha Berkuasa..

Kita biasa dengar Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.. jika di Luh Mahfuz itu adalah ketetapan, dan sesuatu kaum itu mengubah nasib mereka, pasti tidak menepati sifat Allah yang Maha Mengetahui dan salahlah 'ketetapan'-Nya.. tetapi di Luh Mahfuz itu adalah pengetahuan Allah tentang ciptaan-Nya.. maka apabila sesuatu kaum berusaha mengubah nasib mereka, itu juga dalam pengetahuan Allah..

Walaupun Allah telah tahu, tapi kita tidak tahu.. maka wajarlah bagi kita sentiasa melakukan kebaikan kerana kita tidak tahu kesudahan kita.. Allah SWT pula tahu segala-galanya.. Dia tahu bila kita akan mengubah hidup kita, apa yang akan terjadi kepada kita, adakah kita akan mengubah nasib kita.. semua tidak terlepas daripada pengetahuan-Nya.. apa yang tersurat di Luh Mahfuz bukanlah ketetapan sebaliknya ilmu Allah..

Syurga atau neraka adalah penamat bagi makhluk ciptaan Allah.. Allah tahu siapa yang akan menghuninya.. kita pula tidak tahu dan mestilah berusaha mengubah kehidupan kita untuk mendapatkan kesudahan yang baik.. wallahualam...









p palang s : Tak reti buat entri ilmiah..


5 comments:

EZAD AMIR said...

sgt ilmiah dh ni bro!

sobri yaacob said...

allah maha mengetahui,.. apa yg tbaik utk hambanya.. :)

aleen aiden said...

iya juga kan?kau buat aku berfikir sekejap.heh

Apik Pehe said...

DIA lah pencipta segalanya

M Fizan said...

@EZAD AMIR yeke.. thanks.. huhu

@sobri yaacob betul2.. Allah sebaik-baik perancang..

@aleen aiden Lelaki Dari Marikh seorang pemikir :)

@Apik Pehe Allah yang Maha Agung.. Allahuakbar!

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif