Assalamualaikum...
Satu malam biasa yang kelam.
Berlaku kisah dongeng 1001 malam.
Satu malam biasa yang kelam.
Berlaku kisah dongeng 1001 malam.
Torres dipeluk rakan sepasukan
Aku bangun untuk bertemu janji dengan Yang Maha Mencipta. Menikmati sepertiga malam dan menghirup kemanisannya. Tanpa diduga, aku menjadi saksi kejatuhan kuasa bola sepak dunia. Apa yang mustahil telah pun berlaku. Kini ia akan menjadi satu kisah dongeng dalam lembaran sejarah di mana sang gergasi dijinakkan orang kerdil biru.
Barcelona, pasukan yang diiktiraf barisan terbaik sepanjang zaman. Dibarisi nama-nama bintang bergemerlapan seperti Xavi, Andres Iniesta, dan Lionel Messi, Barca dipuja dan diagungkan selaku generasi terhebat pernah dilahirkan bola sepak Eropah. Mereka bertakhta di timur dan barat. Mereka merajai pentas tertinggi bola sepak dunia. Dipelopori si genius Pep Guardiola, mereka begitu sukar dikalahkan.
Chelsea, pasukan yang terumbang-ambing dalam liga domestik. Kedudukan terkini dalam liga tidak melayakkan mereka untuk berentap dalam Liga Juara-Juara Eropah lagi musim depan. Jurulatih bersilih ganti. Kini dibimbing sementara pembantu Andre Villas-Boas, Roberto di Matteo. Pembelian termahal, Fernando Torres dengan reputasi buruk gagal menjaringkan gol walaupun pintu gol terbuka luas.
Tapi itu semua sejarah. Malam ini segalanya berubah.
Barcelona 2-2 Chelsea
Perlawanan pertama di Stamford Bridge berakhir memihak Chelsea yang menang 1-0. Chelsea boleh dikatakan bertuah kerana berjaya keluar selaku pemenang walaupun digempur dari segenap sudut. Palang menjadi penghalang Barcelona. Cerita yang sama di Nou Camp, kubu kuat Barca. Palang tidak mahu melihat Barcelona bergaya lagi. Malam ini untuk kisah dongeng seribu generasi.
Chelsea dirempuh dari kiri kanan. Akhirnya pertahanan kental Chelsea dihancurkan Sergio Busquets pada minit ke-35. Dua minit berselang, situasi Chelsea bertambah parah apabila kapten, John Terry dibuang padang. Bermain dengan 10 orang menentang gergasi di laman sendiri, Chelsea tahu mereka berdepan dengan misi mustahil. Impian The Blues bagaikan musnah ranap apabila Andres Iniesta menyudahkan hantaran Lionel Messi pada minit ke-43 untuk Barca mendahului agregat 2-1. Mission impossible.
Tetapi 'skrip' menulis malam ini bukan milik Barca. Sebelum separuh masa pertama tamat, Frank Lampard memecahkan kubu kebal Barcelona untuk melakukan hantaran sempurna kepada Ramires. Pemain Brazil itu tidak mengecewakan Pele dan Romario apabila melambungkan bola melepasi kemaraan Victor Valdes. Advantage Chelsea. Chelsea ketinggalan 2-1 di gelanggang lawan dan agregat terikat 2-2. Namun peraturan gol di tempat lawan meletakkan Chelsea di kerusi pemandu. Satu gol jaringan Ramires memberikan nyawa kepada barisan Chelsea yang kekurangan seorang pemain.
Beberapa minit memasuki babak kedua, harapan Chelsea yang kembali bernyala bagaikan menuju kekecewaan apabila Cesc Fabregas berjaya mendapatkan sepakan penalti untuk Barcelona. Malangnya, malam ini bukan milik Lionel Messi. Sepakannya terkena tiang. Selepas itu, permainan Chelsea hanya dengan satu motif : bertahan bermati-matian dan menanti peluang serangan balas. Setiap bola yang datang ditendang sejauh yang mungkin. Falsafah mereka hanyalah memastikan bola tidak menghampiri gawang gol. Barcelona semakin tertekan.
Minit ke-80, Fernando Torres masuk menggantikan wira perlawanan pertama, Didier Drogba. Torres memiliki rekod baik menentang Barca. Messi tidak mahu kisah sensasi malam itu ditunjangi nama Torres. Dia hampir memusnahkan mimpi indah Chelsea apabila rembatannya dari luar kotak penalti sekali lagi terkena tiang. Sememangnya Messi tidak dapat melawan takdir bahawa malam ini tidak akan menjadi miliknya.
Semasa Barca menyerang bertali arus, satu clearance dari kotak penalti Chelsea menuju kawasan Barcelona dan Torres menyambut bola itu dalam posisi onsaid. Sempat melihat ke belakang untuk meninjau hanya seorang pertahanan yang tinggal untuk mengejarnya, Torres berlari dengan tenang untuk pertembungan satu lawan satu dengan Victor Valdes. Dia mengelilingi Valdes untuk berhadapan dengan gawang yang ternganga luas. Kali ini Torres tidak mahu kisah sensasinya berkisar tentang kegagalan. Torres menyempurnakan peluang itu dengan tenang dan berlari ke penjuru padang untuk dipeluk rakan-rakan sepasukan yang teramat gembira.
Chelsea seri 2-2 dengan Barca. Chelsea menang agregat 3-2. Chelsea memang layak dengan kesungguhan dan disiplin pertahanan mereka. Barcelona tumbang di hadapan jutaan penyokong setia. Barca terkulai layu akhirnya. Sepuluh orang kerdil menjinakkan sebelas orang gergasi. Malam ini Roberto di Matteo memimpin Chelsea menggapai mimpi. Malam ini kisah sensasi Chelsea menjadi cerita dongeng sejuta generasi.
p palang s : Tahniah di Matteo..

No comments:
Post a Comment